Skip to main content

Posts

Trip ke Teluk Cempedak, Kuantan.

Asslammualaikum. Julai lepas  sempatlah kami  berkunjung ke Pantai Teluk Cempedak,Kuantan. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam lebih bergerak dari rumah di Tiang Dua melalui Bahau, Muazzam dan ke Kuantan. Perjalanan yang sangat lama melalui jalan sunyi dan gelap.. tapi tak terasa jauh pun memandangkan semuanya eksaikted nak berjalan dan main pasir. Tepat jam 1.00am sampailah kami ke Teluk Cempedak dan terus mengambil kunci di guest house, check in kemaskan diri terus tidur untuk aktiviti esok pagi.  Paginya plak terus bersiap, pulang kunci terus ke dataran dan sarapan di deretan kedai depan tempat letak kereta. Menu macam biasalah nasi lemak ada, mee kari ada,sup - sup pun ada. Kat dataran pun ada kedai fasfood MCdonald, starbuck berdepankan pemandangan pantai TC. Cantik je viewnya. Selain itu ada jugak deretan kedai yang menjual cenderamata. Sampai je kat pantai subhanallah, masyallah cantiknya pemandangan.  Tenang je rasa kat situ.   Memang sangat-...

Syawal 2020 & PKP

 Assalammualaikum.  Lamanya tak bersiaran kan, dah menuju ke bulan Ogos 2020. Sekejap je  dah setengah tahun berlalu. Singgah sini untuk titipkan kenangan dengan anak-anak,  beraya bersama pandemik covid-19. Semua sedia maklum negara kita pun sedang berperang dengan pandemik dan tidak lupa juga satu dunia turut terima tempias yang sama.  Mengimbau raya nan lalu, sebelum raya tu masak kat rumah je lah, memandangkan raya dalam PKP tak dibenarkan rentas negeri.. jadiklah menu  raya  rendang daging, nasi impit, kuah kacang, sambal udang ,sambal telur puyuh dan lodeh lain-lain order cod; sate, dan ketupat palas. Menu raya nyum nyum Bila tiba pagi raya, kami anak beranak pun bersiaplah,  solat dan khutbah raya.. selesai semua siap dengan video call family both side terus bergambar anak beranak.     Memandangkan tak dibenarkan rentas negeri kita jelajah je lah daerah yang terdekat di Pantai Siring,Serkam Melaka. Berhampiran jeti nak ke Pulau Be...

Back To School

Assalammualaikum. Lamanya lah tak menulis kat sini, berhabuk sangat dar. Kali ni nak cerita pasal Eryna dan 'Ilman sebab kedua-duanya dah sekolah, yang sorang dah sekolah rendah dan seorang lagi dah tadika. Memandangkan tahun ni pengalaman pertama anak masuk  darjah 1, keterujaan tu lebih sikitlah kan mana nak beli keperluan dan urusan pendaftaran sekolah. Rutin pun dah berubah, Eryna isnin hingga rabu jadual dah penuh dengan sekolah pagi dan petang, habis sekolah petang  diisi dengan belajar mengaji dan malam lebih kepada sesi menyusun buku dan ulangkaji. Beginilah jadual dia sehingga menginjak ke penghujung darjah nanti. Manakala 'Ilman pula hanya menghadiri sesi persekolah pagi sahaja..bila tengah hari bertambahlah gamat semula suasana. Beginilah rutin permulaan tahun baru 2020 anak-anak yang makin membesar, tinggallah 'Aakif, Nilliyah dan Naura di rumah dan tahun hadapan rutin juga turut berubah memandangkan tahun depan 'Aakif dah berumur 4tahun dan...

Tahun Baru 2020

Assalammualaikum dan selamat malam.  Lama benar tak menyinggah sini,  dah masuk Februari 2020. Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.  Apa yang dirancang apa yang diimpikan harap dimakbulkan hendakNya.  Masih lagi berlima, anak-anak makin membesar dan diri ni makin bertambah umurnya.. semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Ilahi.  Sekian.

Ramadan Kareem

Assalammualaikum.  Lama  tak jenguk sini, sekali jenguk terus dah Ramadan.. Selamat berpuasa, moga diberi kesihatan yang berpanjangan, keampunan dan keberkatan dibulan yang mulia ini..  Khas buat tatapan  keluarga, sanak - saudara , sepupu - sepapat, sahabat handai dan kawan blogers sekalian.  Ramadan 3 1440H