Skip to main content

Back To School

Assalammualaikum.

Lamanya lah tak menulis kat sini, berhabuk sangat dar. Kali ni nak cerita pasal Eryna dan 'Ilman sebab kedua-duanya dah sekolah, yang sorang dah sekolah rendah dan seorang lagi dah tadika.

Memandangkan tahun ni pengalaman pertama anak masuk  darjah 1, keterujaan tu lebih sikitlah kan mana nak beli keperluan dan urusan pendaftaran sekolah. Rutin pun dah berubah, Eryna isnin hingga rabu jadual dah penuh dengan sekolah pagi dan petang, habis sekolah petang  diisi dengan belajar mengaji dan malam lebih kepada sesi menyusun buku dan ulangkaji.

Beginilah jadual dia sehingga menginjak ke penghujung darjah nanti. Manakala 'Ilman pula hanya menghadiri sesi persekolah pagi sahaja..bila tengah hari bertambahlah gamat semula suasana.

Beginilah rutin permulaan tahun baru 2020 anak-anak yang makin membesar, tinggallah 'Aakif, Nilliyah dan Naura di rumah dan tahun hadapan rutin juga turut berubah memandangkan tahun depan 'Aakif dah berumur 4tahun dan akan dihantar ke tadika juga.

..dan semoga diberi kesihatan yang berpanjangan untuk menguruskan anak-anak ini.


Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...