Skip to main content

Bersyukur

Baru ja habis kerja , lepas solat asar.. aku terus off pc akaun n server ubs.. baik aku tutup awal2.. memandangkan tiada urusan lagi yang perlu disiapkan ..heheheh...tepat kol 5suku ja.. aku dah kemas barang... dan sekarang ni .aku ngah masih lagi emosi... erk napa ni fara..... tak tahulah.. napa ntah..perasaan ni sellau macam ni.... bila ku tengok kengkawan sekeliling ni duk bercerita tentang nak carik kerja baru... aku terpikir..eeehhh..orang tu nak dapat kerja lainlah..bestnya... mesti pangkat beso,,gaji beso erk... huhuhuhuhuhu... mengeluh panjang aku ... kerana resume aku ..tak dikemaskini lagi...adeiiiiii...tak sempat weh nak kemaskini... ..yang sempat nya adalah mengupdate blog yang tak seberapa ni ar... blog ni dah jadik macam buku diari aku dah..... coz..buku diari dah lama tak sambung beli... aiyooooooo....... kedekutnya kamuuu fara!... jimat ... simpan duit untuk beli aset ... hahahhahahah... emmm... berbalik kepada cerita kawan aku yang dok mencari kerja lain... terdetik gak kat hati ku... aku bersyukur sangat sebab dapat kerja selepas aku menamatkan latihan praktikal selama 6 bulan... cukup2 menggembirakan hidup aku.. dan dari situlah bermulanya buku baru dalam hidup aku... mulanya kerja ,..pegang duit snediri,.. dan mulanya kisah percintaan yang tidak dirancang.... hari ni ja .. akunya msa rehat dah habis aku menyelongkar kerja2 kosong di kawasan terdekat..wawwwwwwwwwww... bayak nya kerja kosong.... tapi sayang dah terlepas tarikh permohonan..akahahahahaha.... bila aku fikir balik, siyes ke ni aku nak carik kerja lain... sebbanya ,.. aku sayang dengan kerja yang aku buat sekarang ni... best sangat kerja sebagai pegawai tadbir di unit tajaan .. sentiasa berhadapan dengan ragam penaja dan student... tapi aku enjoy laksanakan tugas aku..wallaupon sekecil cuma dipandangan staff lain... aku bersyukur sangat.. sebabnya masih lagi berdiri dan mampu mencari sesuap nasik dengan rezeki yang diberikan oleh Ilahi..syukur padaMu Ya Allah... rasanya.. aku tak sampai hati nak meninggalkan tempat ni... .......apakan daya..... dugaan yang silih berganti kadangkala membuatkan aku lemah dan jatuh melutut.... saya tak sanggup nak hadapi ni semua... saya buat apa yang termampu oleh saya ....huhhhhu

sesungguhnya , ini lah yang menjadi kekuatan aku sekarang ..." yang penting kita tahu di mana kita, bersyukurlah dengan nikmat dan kurnian Nya.. itu adalah tanda tingginya keperibadian seseorang itu"....... amin. Terima kasih di atas segala kurnian Mu Ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...