Skip to main content

Kak Nanis Bakal Bergelar ibu@ Mama@Umi...

Syukur Alhamdulillah , tahniah kak..tak lama lagi ko akan bergelar ibu..jaga diri..jaga kesihatan..dan tak lama lagi....fara pon bakal menjadik makcik kepada anak buah yang ke 6...anak kepada bang boboy.....semoga selamat hendaknya...

Ni aalah sedikit info yang fara jumpo dan terbaca ....untuk tatapan Kakak Nanis.

ADAB KETIKA MENGANDUNG:

Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;

SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.
  • MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.
  • MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)
  • JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.
  • JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.
  • JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.
  • JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.
  • Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.
  • Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.

AMALAN UTK WANITA MENGANDUNG

Ketika wanita sedang mengandung, maka ia WAJIB mengerjakan sesuatu yang diperintah oleh Allah SWT. Selain daripada mengerjakan amalan WAJIB, para ibu ( bakal ayah ) digalakkan melakukan amalan berikut.

  1. BANYAK BERTAUBAT
  2. MENUTUP AURAT
  3. BANYAK MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN Membaca surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
  4. Membaca surah Yassin hingga akhir Membaca surah Al-Taubah hingga akhir Membaca surah Yusuf hingga akhir - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna. Insya-Allah
  5. Membaca surah Luqman hingga akhir - agar memperolehi anak yang taat.
  6. Membaca surah Maryam hingga akhir - agar memperolehi anak yang sabar dan taat.
  7. Membaca surah An-Nahl, ayat 78
  8. Membaca surah Al-A'raf, ayat 189
  9. MEMBACA DOA
NASIHAT UNTUK IBU YANG MENGANDUNG

Berusalah agar selalu berada dalam keadaan SIHAT dengan memakan makanan bersesuaian, melakukan senaman setiap hari (lebih-lebih lagi waktu menjelang melahirkan - senaman bersesuaian). Cth; berjalan kaki adalah senaman yang paling sesuai untuk wanita hamil tua (wanita berusia).

Lakukan senaman berikut;

1). Telentang, kemudian, satu-persatu kaki diangkat ke atas. Ini untuk memudahkan kelahiran kelak.
2). Rehat mesti mencukupi dan jangan biarkan diri terlalu letih.
3). Bila mandi, gunakan air suam. Mandi dengan air yg terlalu sejuk ataupun terlalu panas akan mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan. Jangan mandi berendam terutama pada usia kehamilan 8 bulan ke atas.
4). Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, ibu memerlukan ketenangan.
5). Jaga PAYUDARA dengan baik, dengan menyapu minyak zaitun atau losyen bersesuaian pada puting susu. Ini dapat mengelakkan terjadinya pecah-pecah pada puting susu terutama jika anda ingin menyusui

Okay,..setakat di sini dahulu ya...selamat hari jumaat...

Comments

  1. owhhh..acik..sye bakal isteri dulu..heheheh..g cri maklumat tentang bakal isteri tu dulu..heheh

    ReplyDelete
  2. erk...okay..t acik tulis tentang bagaimana nak jadik bakal isteri...

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...