Skip to main content

Selamat Tinggal Persada, Jumpa Lagi Di Lain Waktu ( Bahagian 1 )

Sudah 3 hari kami meninggalkan Persada, Johor Bahru.. syukur alhamdulillah ..selesai sudah tugasan kami ke sana...

Seingat aku , kami bertolak dari Seremban tepat pukul 11.45pagi, sampai di Persada lebih kurang pukul 3.30petang ...cam tu lah ..aku pon tak ingat sangat, yang aku ingat .. hujan turun dengan lebat sekali setibanya kami di Pagoh .. perjalanan kami dari Pagoh ke JB diiringi dengan hujan ... yang paling aku ingat, aku tidur dengan lenanya ..hahahah,.. lena weh... enak diulik mimpi... member sebelah aku pon tidur gak... aku pon dok jeling-jeling tengok dia.. aku nampak ada wajah lena terpancar di muka dia.....kesian kak Eqin,..penat ya...hiihhih.. aku pon jeling kat kelindan( Si Kakak As )....hahahhaha, sudah semestinya kalau penumpang belakang lena, kelindan lagilah plak... ahahhahah..lena weh..sedang asyik ..zzzzzzzzZZZZZZZZZzzzzzz,... hehehhhe, dalam hati aku...biar betul semua tidur... ishishish..kesian plak kat kak Zizie... memandu sorang-sorang ditemani dengan suara Dj dan irama lagu ....Selepas melepasi tol , kami terus ambil kiri jalan ke pusat bandar menuju ke Persada... sampai ja Persada.. aku lihat kat atas langit... mendung ..tetapi nak berubah ke cerah... sampai-sampai ja ..eheh...macam kenal ja van yang ada pelangi tu..seloroh kami ...hiihhiii...sampai ja, kami pun terus keluarkan barang-barang ... masuk dewan ..dan terus cari booth yang telah ditetapkan...okay, setel ja menghias booth dan menyusun segala barang ..kami pun mengatur langkah keluar ke parkir dan menuju ke tempat penginapan kami,...jalan punya jalan, pusing punya pusing ... Kak Zizie kata , nama hotel kita namanya Hotel Rasa Sayang...hihiiihihi, romantisnya nama hotel tu... mesti balik ni... ikatan kasih sayang semakin eratkan.. almaklumlah dah berjimba-jimba di Hotel Rasa Sayang... hiihhihii,. tapi seingat aku, soala yang kuar dari mulut aku ..hotel tu berapa bintang ya kak ? hihihi... 3 bintang ka, 4 bintang ka atau berbintang-bintang nanti..kihkih... jahat tol aku ni, bersyukurlah Farah, ekau ni jangan nak lobih-lobih plak.. ( desis hati aku )....

Hotel Rasa Sayang, cantik mata memandang... satu bilik 2 orang,.. aku ngan kak Eqin, Kak Zizie ngan Kak As.. bilik tak jauh,.. dekat-dekat ja.. hohoohh...
okay lah, malas dah nak cerita .tengok eeh lah ya ....

Kat bawah ni ada aku selitkan beberapa keping gambar sepanjang kami berada di sana,

Gambar ni tak silap aku hari pertama kami sampai di Persada, semua orang sibuk dengan tugas yang telah diberi...hheheheh.
Gambar ni pulak, masa hari ke dua kami berada di JB.. masa ni tengah sarapan pagi...
Menu : Nasi Goreng telur mata, air suam ada, kopi ada, teh pon ada.. yang penting bancuh sendiri...hihihi


Gambar ni pada hari khamis..hari yang indah dan tenang sekali ... pagi tu kena pakai baju korporat... cantik kan baju kami..hihihihi ada orang kata kami ni staf firefly ..adoiiyai..ada ke patut .... hahhaha aku pun tak pernah tengok pramugari firefly.... depa pakai baju camana pon aku tak tahu..hahhaha lainlah kalau MAS ka Airasia ka..tahulah gak.... apa-apa pun terima kasih lah abang muka bulat yang berkacamata
( istilah nakal aku, betik tuo ) hahahhahahahhaha....masa ni kami kat dalam dewan, terlibat dengan simposium ... tahu ka apa itu simposium?? aku lagi tak tahu..hahahhah... apa beza simposium dengan seminar ? siapa dapat jawab aku bagi coklat,.. aku pon dok setialah dengar pakar tu berhujah..macam-macam ragam,macam-macam gaya ada... orang bijak pandai lah katakan... semestinya bila berhujah pasti memukau penonton...









Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...