Salam Israk Mikraj
Berakhir sudah bulan Rejab, tiba pula bulan syaaban... ahlan wa sahlan bi syahri syaaban...syukur Alhamdulillah , masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dan menikmati keindahan alam. Baru-baru ni , kami semua ada mengikuti ceramah berkisarkan israk mikraj , tapi sampai sekarang aku masih lagi tak tahu siapa nama penuh ustaz ni ..hihhihi , yang aku tahu ustaz Nunsyi ja...
Di bawah ini ada diselitkan beberapa keping gambar ,
Gambar ini semasa ustaz sedang khusyuk memberi ceramah ,
Gambar ni pula diambil semasa ustaz sudah hampir mahu pulang, tetapi dihalang oleh beberapa staf , gara-gara mahu bergambar katanya, ustaz ni ada rupa macam Maher Zain lah.. seloroh staf tersebut
( setahu aku yang kuat seloroh ialah Kak Heny@ Kak N dan staf yang lain angguk tanda setuju kecuali aku ja ) ..hihiihhihi( Maher Zain Malaysia )
Okay, tinggalkan kejap bab gambar-gambar ni dulu, apa yang kita tahu dengan israk dan mikraj ni ? kamu semua tahu tak ? emmmm, kalau tak tahu leh lah rujuk mana -mana buku kalau tak pun pergi berjumpa dengan ustaz ka ustazah untuk "mengaji" ...eeehh, "mengaji" kat sini bermaksud menelaah ilmu... yang penting berkaitan dengan ilmu..setahu aku istilah" mengaji" ni digunapakai oleh orang belah utara...tak tahu lah betul ka tidak,.kalau salah sila betulkan ya... hihihihi
Okay, moh kita "mengaji" .....
- Sebelum ISRAK MIKRAJ
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/ perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman, ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "KHATIMIN NUBUWWAH'. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan :ISRAK"
Semasa ISRAK ( Perjalanan dari Masjidil- Haram ke Masjidil -Aqsa )
- Sepanjang perjalanan ( ISRAK) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil . Tiba di tempat -tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah ), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
- Negeri Thaibah ( MADINAH ), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa.A.S. menerima wahyu daripada Allah;
- Baitul-Laham ( Tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan
Antaranya:
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.,apabila dituai, hasil
( buah ) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W.diberitahu oleh Jibrail:Itulah bau kubur Masyitah
( tukang sisir rambut anak Fir'aun )bersama suaminya dan anak-anaknya
(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap berteguh dengan pendirianya iaitu mahu berima kepada Allah ( tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan )
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali .
JIbrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk bersujud ( solat )
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka( qubul dan dubur ) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang sedang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan Riba'.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail : Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting , lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukanya.
- Kaum yang mencakar muka an dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang memakan daging manusia( mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela ,menghina) orang lain.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang suka bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
-Seorang perempuan denagn dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikanya. Kata Jibrail: Itulah dunia, Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat..
SEMASA MIKRAJ( NAIK KE HADHARATUL -QUDUS MENEMUI ALLAH )
-Didatangkan MIkraj ( tangga) yang indah dari syurga. Rasuullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia( pintu Hafzhah)
-Langit 1: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
-Langit2: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit ke dua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S.dan Nabi A.S.
-Langit 3: Naik bertemu dengan Nabi Yusuf A.S
-Langit 4: Naik tangga bertemu dengan Nabi Idris A.S
-Langit 5:Naik bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaum Bani Israel.
-Langit 6: Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh JIbrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
-Langit 7 : Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
-Langit 8:Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
-Langit 9:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
-Langit 10:
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
SELEPAS MIKRAJ
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
~ Cukup bermakna ,dan cukup memberi manfaat... bukalah hati , selamilah diri ..di mana kita sekarang ini...cukup sampai di sini dahulu, ambil lah yang baik.. itu sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan diriku ~..
Post a Comment