Skip to main content

Nak Belajar ka Nak Mengorat Ni ( 1 )

Seingat aku lah kan, pada bulan Jun 2008 aku masih lagi bergelar pelajar, tapi masa tu digelar sebagai pelajar praktikal ..tempat praktikal aku tu tak jauh dan tak dekat , camana tu ek... sendiri mahu ingat lah..kalau dah susah aku nak ulang alik balik kampung tu maksudnya jauh lah ..hadoiiiiyaii..hehee..masa praktikal mestilah ada kisah yang panjang kan barulah ceria hidup ..hahhahah,.. kerja aku cukup senang, bantu apa yang patut ja....al-maklumlah pelajar praktikal lah katakan... masuk pejabat pukul 8.00pagi dan balik pukul 5.00petang... ehhh, itu kalau hari jumaat ..kalau isnin hingga khamis baliknya pukul 5.15petang...malamnya pulak, kerja aku biasalah... menulis entri dalam buku laporan..bosan wehhh, malas nya weh... huuhuhuhhu...buat aja lah ..huhuhuhu

Tapi aku ni beruntung sikit lah, sikit je lah pun..hehehhe... sebabnya aku dapat buat praktikal dengan member2 baik aku semua... dasat sungguh semua dapat tempat yang sama .. bezanya kami ditempat kan di jabatan yang berbeza.. huuhuhhu,..tapi tak pa..itu cuma sekejap ... hahahhahah...

Tinggalkan sekejap bab kawan-kawan aku ni,..meh aku cerita tentang kejadian yang luar biasa tetapi biasa berlaku di mana-mana tempat sekali pun..jika itu sudah tertulis ..wahahaahahhah..kejadahnya lah plak... memandangkan aku ni dihantar dibahagian akaun dan tajaan.. jadiknya kerja aku ni memang sentiasa berurusan dengan pelajar jika khidmat aku diperlukan..jika sebaliknya aku duduk rehat je lah ..kihkihkihkihhh... sambil duduk goyang kaki sambil memandang ke pintu luar .... bukan luar sangat pun.. huuhhuhuhu... pintu yang pelajar sering gunakan untuk berurusan dengan pendaftar dan unit rekod... dan pada saat itu lah..terjadiknya suatu pertemuan yang tak disangka....memang tak sangka .. sampai lah sekarang ni..aku rasa macam dalam mimpi ja ..

Pada masa tu... tengah musim program jangka pendek ... khas untuk golongan graduan, belia dan pekerja yang diberhentikan kerja... ntah macam mana plak, sedang aku duduk -duduk...tetiba muncul lah seorang jejaka ... sebelum tu serius sangat-sangat,.nama dia aku tak tahu dan aku tak nak kenal pun siapa dia ..hahahhaha..berlagak gila ko fara... alaaaaa... aku buat muka sombong tahap kronik.. memang kronik lah masa tu... aku pun keluar lah , ye kenapa ...sapa aku.. si jejaka tu pun balas sapaan ku..'akak, saya nak jumpa owang yang handle TNP ni boleh? ..macam tu lah ayat dia... yang aku ingat sampai sekarang perkataan akak tu.. akakkkkkkkk..sambil aku pandang tepat kat muka dia n senyum sinis .. kejap ya , balas ku..terhegeh2 lah aku jalan g jumpa Kak Nani..sebab program tu dia yang handle.. aku pun bawak lah si jejaka tu p jumpa Kak Nani... dan aku pun terus lah berlalu ..sambung balik duduk -duduk ...kihkihkihhhh...

Aku pun buatlah kerja macam biasa, masuk pejabat macam biasa, balik pun macam biasa je lah..dan ada kalanya luar biasa tapi tak bapa nak pelik pun..wahahahaha...... sepanjang aku dan kawan2 menghabiskan masa di Seremban, waktu kami banyak diluangkan duduk bersantai di City Park Seremban 2...tengok ikan, tengok orang, tengok orang tengok ikan ..jalan-jalan pusing satu park...huuhuhuhuh... ada lah satu malam tu,... ntah macam mana teringin sangat nak naik buai ..kami pun cuba-cubalah naik...tak sampai 10minit ..lagi jauh dah dengar suara orang terjerit2..heiiii...jangan naik buai tu.buai tu untuk budak kecik ja... hhuuhhu..hahhahah sambil tersipu-sipu kami pun turun lah ..hahahhaha... dan memandangkan jam sudah pun menunjukan pukul 9malam.. cecepatlah kami mengatur langkah tuk pulang ke asrama...huuuhhu.. asrama lagi .. bohsan...

...dan apabila aku dikehendaki kerja luar..perkhhhh..memag tak best langsung..memandangkan masa tu.. syarikat ada buat program..terpaksalah kami mengikuti program yang diarahkan ..masa tu program tu tentang pameran kerjaya bertempat di Rembau... dan pada ketika itu lah aku mula mengenali si dia dengan lebih rapat lagi... dan pada hari itu juga lah si dia kehilangan kad pengenalan dan pada hari itulah si dia mula memikirkan masa depan hahahahahah,... mula mendaftar sebagai pengundi ..kihkihkihhh... kesian dia... macam-macam...

Tinggalkan kejap cerita di Rembau, meh sambung balik cerita yang berlaku di Seremban pulak...hehehehhe.... ada lah satu petang tu ..... tak ingat pukul berapa..yang pasti hari tu adalah hari cuti ..hehehhehe, masa tu aku tinggal seorang ja kat asrama... Kak Ejan g jalan-jalan kat JJ, Faradila plak balik kampung..si Dila plak keluar p umah makcik dia ... hehehehheh.. tetiba telefon ku berbunyi heheehhehehe... si dia ajak g citypark..apa lagi .. orang dah ajak.. nak aja lah.. kahkahkah... masa tu .. kami berdua ja ..g jalan-jalan kat Citypark..seronok gak dengar dia cerita ... cerita masa zaman budak-budak .. indah kan masa tu..ceritera yang pelbagai.. penuh dengan hilai tawa..hehehhe


Comments

  1. aha tau sapa...hahahaha...gataiiiii nooo

    ReplyDelete
  2. hehhehe, terima kasih mashie...gatai kejap ja la ni..kihkihkihh

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...