Skip to main content

Nak Belajar ka Nak Mengorat Ni

Meh-meh sini , aku sambung balik cerita... masa peringkat permulaan perkenalan kami ... aku dengan dia ni tak banyak bertegur pun.. kalau jumpa atau terserempak hanya senyuman nipis ku berikan... masa tu muka aku memang berlagak gila, dah lah sombong muka plak ketat..tak dinafikankan, kalau ada orang yang pernah berkata-kata tengtang siapa diri aku yang sebenarnya aku tak kisah pun.. sebabnya kebanyakkan kawan-kawan yang aku pernah kenali mereka juga berkata perkara yang sama... ahhhh ko fara, pertama kali aku tengok ko ... prghhhh minah ni sombong gila, kihkihhh..tetapi bila mereka dah kenal dan rapat dengan aku ..barulah mereka tahu watak diri aku yang sebenarnya...

Mesti si dia pun pernah rasa begitu kan, minah ni memang berlagak betul... kihkihkih... tapi paling best ..perkenalan tu kekal sampai ke hari ni... memang tak sangka kan... kejap benar masa berlalu... rasa baru macam semalam ja kenal dia... ingat lagi masa 18hb Julai 2009... masa tu hari lahir aku yang ke berapa ekkk... tetiba ja aku tak ingat ..hehehhe.... kami g menonton wayang kat JJ tengok cerita Harry Potter.. best gak ceritanya.. kalau nak tahu tu lah kali ke dua aku masuk panggung.. hahahhahah..kali pertama aku g ngan As..masa tu aku duk Puchong Perdana..dia ajak aku p tengok cerita Nana Tanjung kat IOI Mall Puchong..aku suka lepak sana.. best ja.. tak ramai orang... senang aku nak berlegar... sampai sekarang aku tak tahu As pergi mana...huhuuhhu, terputus hubungan..

Selepas habis menonton, kami pun cepat2 tuk pulang... asrama aku ni plak tutup tepat-tepat pukul 11.00malam... kelam kabut lah aku jalan.... sampai ja kat asrama.. si dia menghulurkan aku hadiah berisi kerongsang putih... cantik sangat... aku pun senyum ja lah .. terima kasih... dia pun senyum ja... sampai ja bilik, erkkk.. member2 aku belum tidur lagi... depa dok nunggu aku.. sebok nak tanya itu nak tanya ini...aku pun cerita lah ...hehhehe... pelik betol... kalau nak tahu aku tak suka sebenarnya dengan pelajar TNP..kihkih.. tak tahu lah kenapa... dan masa tu plak.. aku baru ja putus cinta.... huuhhuhu..susah kot nak terima mana-mana lelaki ..setakat kawan tu boleh lah... dan si dia pun tahu aku memerlukan sedikit ruang dan waktu... biarlan masa yang menentukan... jodoh ajal maut semua ditangan Tuhan.. tu ja yang dapat aku katakan...

Lebih kurang 1bulan berlalu, perkenalan kami semakin mesra... pantang ada masa ..kami akan dok bertangged, berfrenster, berym... dan pantang ja bilik ICT tu tak da orang...muka-muka kamilah yang ada kat dalam tu... alasan nak siapkan buku laporan praktikal..wahahahhaha..upanya lain kerjanya... paling tak boleh dilupakan tarikh 29hb Ogos 2009.. tarikh tu lah kami telah declare .....hehhehehhe tarikh tu jugak tarikh lahir cikgu Amir @ ayahanda... tarikh tu memang aku ingat sampai bila -bila....

Syukur Alhamdulillah, sampai ke hari ini.. kami masih lagi kekal .. menjaga hubungan ini sampai ke destinasi semoga dipermudahkan hendaknya ...





Comments

  1. ewah...hehehe...kisah cinta die..

    ReplyDelete
  2. hehheheh, kisah di mana aku boleh kenal ngan si dia ni..huhuhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...