Tetiba teringat dengan kawan-kawan lama, masa cepat benar berlalu... meninggalkan perasaan yang teramat rindu pada kalian. Sedang aku leka mengimbau kenangan, gambar semasa bersama kawan-kawan satu-satu hadir di pandangan ku... saat bersuka ria, saat berduka cita sentiasa terbayang.. satu-satu wajah hadir dalam minda ... setiap empunya nama pasti mepunyai nama gelaran... petai, apam balik, rojak, amoi mata sepet, timah lawa, belacan, cencaluk..hehehehhe..indahkan,
Dalam bersahabat harus semat rasa saling percaya mempercayai, lantas erti kasih seorang sahabat akan lahir dengan sendirinya.. jujur itu perlu, ikhlas pula penghias dalam jalinan persahabatan.. semoga jalinan kasih sebagai sahabat , teman , kawan dan rakan kekal hingga ke akhir hayat seterusnya di alam sana.. aminn
Doaku buat kalian,
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّØْÙ…َÙ†ِ ارَّØِيم
Ya Allah...
Panjangkanlah umur Teman dan sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,...
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman...
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya
kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya
baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah ...
Kuniakanlah Teman dan sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan
dan hidayah dari-Mu dalam menempuh perjalanan serta liku-liku hidup di
dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.
Amin..
p/s - Aku sekarang ni tengah sibuk sort-sort kan nama , tuk bagi kad majlis t ;)
nama gelaran aku dulu.. amoi.. pe jadahnamatuhdepabagikatakuhahahahhahahah..lagisaturojakkakakakakka
ReplyDelete