Skip to main content

Jerebu di Tempat Anda ?

Assalammualaikum..

Selamat pagi seantero dunia..
Sihat ?
Ooohhh, patutlah..sekarang ni tengah jerebu.. batuk, pening kepala, sakit tekak mula menular ..
Cecepat pergi klinik ya, jangan dibiarkan..

" Kata Aci kat sebelah rumah ni ".
" Aahh lah Aci, jerebu agak tinggi sekarang ni  " ( IPU ) balas  Saodah sambil menjinjit bakul sayurnya ..

      
" JEREBU  adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepadatan tinggi "



***
Petikan laporan akhbar :-

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Tiga kawasan -- Muar, Pasir Gudang dan
Bandaraya Melaka -- mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.
Bacaan IPU sehingga pukul 11 pagi menunjukkan Muar mencatat IPU paling
tinggi iaitu 127 diikuti Pasir Gudang, yang mencatat bacaan 103, dan Bandaraya
Melaka dengan bacaan 101.
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), peningkatan bacaan IPU di
beberapa kawasan di selatan Semenanjung dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.
Kenyataan itu menyebut maklumat satelit NOAA-18 yang dikeluarkan Pusat
Meteorologi Khusus Asean semalam menunjukkan terdapat 46 titik panas di
Sumatera, Indonesia dan dua titik panas di Malaysia, iaitu di Sabah.
JAS melaporkan negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula bulan
ini dan dijangka berterusan sehingga September.
"Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera
Tengah, Indonesia telah membawa pencemaran asap jerebu ke kawasan selatan pantai
barat Semenanjung," katanya.
Menurut kenyataan itu, sebanyak 12 stesen berada pada tahap baik manakala 36
lagi mencatat kualiti udara tahap sederhana.
JAS juga melaporkan kebakaran tanah gambut seluas 20.235 hektar di hutan
simpan Kuala Langat utara dan selatan adalah terkawal dan tidak menyebabkan
pencemaran udara di sekitar Lembah Kelang.
Sementara itu, kebakaran seluas 20 hektar di Kampung Seri Timur, Kluang,
Johor pada 13 Jun telah dipadam sepenuhnya.
JAS kini mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di seluruh
negara, sehubungan itu, orang ramai dinasihat tidak berbuat demikian dan diminta
bekerjasama memadam kebakaran kecil.
Orang ramai juga boleh memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti
pembakaran terbuka kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di
talian 1-800-88-2727.
-- BERNAMA


Sebenarnya kat kawasan Melaka, jerebu memang dah tahap  TIDAK SIHAT , bila nak kuar rumah je pepagi.. mata dah mula pedih , dan berair.. pandangan dah kabur.. terlalu memutih..bahang tetap ada.. bagi yang dah mula rasa tak sihat tu , cecepatlah pergi berjumpa doctor.

Paling kurang menyenangkan ,
Bila bukak je pintu rumah, debu habis bertenggek kat kereta ngan motor.. lantai tu tak yah cakaplah..memang terasa debunya melekat..bila kita sentuh je guna jari..pasti tinggalkan kesan  .


Oleh itu, amatlah digalakan bila nak keluar rumah  pakai la penutup hidung dan mulut , minum air masak lebih banyak  dari kebiasaan ,  cuci tangan dan muka selepas membuat aktiviti di luar .

Jagalah diri anda sebaik mungkin, kalau boleh kurangkanlah aktiviti di luar rumah .. :)




p/s - Luckily , this haze is not corrosive .

Comments

  1. minggu lepas balik kampung, sepanjang jalan berkabus je...huhu

    ReplyDelete
  2. jerebu dah smpai cheras. huhuhu. hari ni dah bau asap. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...