Skip to main content

Sambal Belacan

Assalamualaikum..

Hampir terlelap dan  ke laut , hahaaaa
Sebab apa ?
Sebabnya tiada cerita yang nak dikongsikan..

Menulis di blog hanyalah untuk suka-suka , ada jiwa akan ditulis dan dicatat tiada JIWA..hanya tulis di diari je..hahhaaa,   ( tiada jiwa tu maksudnya MALAS !  ;) )
Alang-alang dah menulis ni , Selamat menyambut Bulan Syaaban :)
Rasanya belum terlewat lagi kot,  bagi yang belum berganti puasa tu cecepatlah ya  ;)

Hanya berbaki 20 hari sahaja , kita semua bakal menyambut Bulan Ramadhan  .
Semoga dipanjangkan umur untuk  bertemu Bulan Ramadhan , Insyaa Allah .

Bila dah sampai masa ,
Mesti seronok kan, dah tiba puasa nak raya pulak.. lepas raya ..kita sambut raya lagi.. tapi raya Haji lah ..hehee

Sebenarnya nak cerita pasal bila dah sampai masa untuk BERPANTANG nanti, alahai ... tetiba terpikir .. dalam pantang nanti boleh tak makan nasi ngan sambal belacan ja..
Tekak ni memang tak boleh dipisahkan lagi dengan sambal belacan.. tiap-tiap hari nak sambal belacan.. kadang-kadang tu , bila tengah suap nasi kat mulut ..  rasa lain je kat tekak ni.. rasa macam kurang sesuatu ...terus basuh tangan dan maju ke dapur untuk buat sambal belacan..

Boleh plak macam tu ya,
Boleh.. seandainya kamu seorang HANTU BELACAN !

Sekarang ni En.suami pon dah  pandai dah, bila bawak bekal g opiz..sambal belacan jangan lupa Yang .. hahaaa, kadang-kadang ..sengaja tak letak..nak test .. En.suami ingat ke tak ngan sambal belacan...

Bagi yang alah , memang rugi lah ..
Tekak kalau dah terbiasa dengan sambal belacan, budu dan cencaluk memang bestlah kena ngan ulam ..ada orang tak suka ulam ulaman... ada orang, makan nasi dengan  sambal belacan, budu atau cencaluk pon jadiklah , cubit  plak dengan  ikan masin goreng dicurah dengan perahan air asam limau kasturi... wahhhh, sedap oooohhhh ..berlawan-lawan dibuatnya bila makan..


Bila dah sampai waktu makan t/hari , cerita plak perihal makan... memang meleleh lah dibuatnya.. dapat-dapat plak nak masuk Bulan Ramadhan nanti, macam-macam gaya sambal belacan pon ada ..campur tu , campur ni... Lain orang , lain caranya rupa sambal belacan tu  :)

Alahai, dari belacan sampai ke budu dan cencaluk pon jadik bahan cerita ya Cik Sal .. hiks


Bila dah sampai masa untuk berpantang nanti, Cik Sal akan balik berpantang ke rumah mentua di Rengit.. memandangkan tukang urut yang di kampong Gemas dah tak berapa nak sedap bila mengurut ( merujuk perbualan emak ), makanya.. berpantanglah saya buat 2 minggu di sana :)

Harapan , semoga dibolehkan makan sambal belacan bila berpantang nanti .. huhuuuu


Okay lah, setakat ni sahaja .. jangan hambarkan waktu makan anda dengan mengabaikan pengambilan sambal belacan ,@ budu ,@ cencaluk @ kicap semasa makan.. sesungguhnya .. amatlah rugi jika diabaikan..kihkihkihhh

Lagi satu, makan roti canai cicah dengan  sambal belacan pon sedap taw  !  Bukan setakat roti ja , buah - buahan pon sedap bila cicah ngan sambal belacan ..
Buah tembikai ka buah apa-apa pon sedap gak bila cicah ngan sambal belacan  :)
Tu memang peberet Cik Sal .. ;)
Paling best buah tembikaiiiiiiiii....

" Permisi ya gerau, sudah sampai waktu untuk Tuan Puteri berangkat ke balai  santapan "




p/s - Sudah memasuki trimester ke 3 ,  2 - 2  mak dah mula tanya itu dan ini .. nak sambut cucu lah katakan..moga selamat hendakNya :)




Glosari

Gerau - tukang masak

Comments

  1. Sedapnye sambal belacan yg mak buat..teringat-ingat lak..aitt, leh ke berpantang makan sambal belacan? ada udang kering lah.no no no..;p

    ReplyDelete
  2. tu lah, rasanya tak leh kot.. makan rerebus je lah t ..habis pantang bedal lah balik..hahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...