Skip to main content

Putu Bambu Special Juriah Air Hitam ~

Assalamualaikum.


Cuti Raya Cina minggu lepas.
Memandangkan suami bercuti panjang, kami pun merancang untuk pulang ke kampung halaman.
Mula2 kami gerak pulang ke Gemas, usai solat jumaat  dan makan t/hari  barulah kami gerak menuju ke Batu Pahat, kampung suami.
Perjalanan dari Gemas menuju ke BP mengambil masa lebih kurang 3jam lebih macam tu. Kebiasaannya lah.
Tapi, bila dalam keadaan yang cuti umum..
yang rata2nya semua orang dok sibuk mahu pulang ke kampung.
Tak kiralah bangsa apa sekalipun.
Maka , tidak hairanlah jika kami sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 6.00petang iaitu mengambil masa lebih kurang 4 jam gitu.
Huhuu..
Penat dok lelama dalam kereta.
Tidur bangun tidur tak juga sampai.
Dapat2 lagi kalau ikut jalan lama.
Begitulah .
Ntah bila nak ada highway agaknya.
Bertabahlah kepada sesiapa yang melalui jalan tersebut.

Lebih kurang pukul 5.15petang cenggitu,
Kami pun tiba di Ayer Hitam.
Menjadi kebiasaan ..
Bila sampai ja sini tak sah kalau tak berhenti di sebuah gerai .
Gerai Putu Bambu Special Juriah !
Memang special,
Disebabkan terlalu special lah ,
Sampai kami pun sanggup beratur panjang demi
sebungkus putu bambu. Tapi, suami je lah yang beratur. Hihiiii.
Best... best..

Meriah kan !
Untuk pengetahuan ,
Lokasi gerai putu bambu ni senang je...
Keluar je dari exit Air Hitam, ambil kiri menghala ke BP , sampai satu lagi traffic light , toleh kanan.
Jangan toleh ja, kereta pun bawak lalu p kanan jugak taw.
Jelas ? Okay.
Kalau dah nampak orang dok beratur panjang , dan kereta pun banyak diparkirkan.
Itulah gerainya.
Kat gerai ni memang banyak gerai.Berderet .
Bukan setakat  putu bambu ja,  cendol tapai special pun ada.
 Selain tu , pau pun ada, durian & strawberry crepe pun ada .
Memang sedap. Pau  kari ayam ia memang sedap, paunya gebu lembut , kari ayamnya plak tak bape pedas tapi cukup rasa. Nyummm ,
Durian crepenya , memang besar lah, montok sungguh . isi duriannya penuh creamy gitu. Masuk mulut ja ,
Eeeemmm sedapnyaaa. Melekat.
Tak rugi singgah.
Selain itu, ada gak jual makanan berat ..gerai ni berderet, tapi lain ownerlah.
Jagung kukus pun ada.
Memang meriah.
Tiap kali singgah, mesti penuh orang dok beratur.





Dulu masa hamil,
kerap jugaklah beli putu bambu.
Kalau tak balik BP , kami cari kat pasar malam ja.
Walaupn rasanya tak sama, janji putu bambu .
Heheee.
Layankan je lah .
Mengidam punya pasal.
Alang2 dah berhenti tu, kalau korang rajin g lah jenjalan kat sekitar Air Hitam .
Banyak benda murah2 yang ada dijual.
Dari persiapan perkahwinan, untuk hiasan pokok bunga,  segala jenis kerepek bagai dan bantal peluk comel pun turut ada, anyaman bakul dan rotan pun tak terkecuali jugak.
Singgah2lah  cuci mata . :)

Maka, lengkaplah perjalanan kami bila pulang ke BP.
Time makan memang tak ingat lah nak ambik gambar putunya, durian crepenya dan pau. Dah habis barulah teringat nak ambik gambar. Selalu macam tu.
Huhuu.

Comments

  1. Kalau putu bambu memang I like.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama x jumpa ni. Lebih setahun dah..

      Delete
  2. tak pernah makan g..hee macam sedap ni

    ReplyDelete
  3. Sejujurnya putu bamboo juriah nie tak lah sesedap mana pn..lain org lain rasa tekaknya..tp coconut shake & pau dia sedap..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...