Skip to main content

Uri & Cebisan Tali Pusat Eryna ~

Assalamualaikum.
Kali ni entri berkisar tentang  uri dan cebisan tali pusat .
Dalam hal sebegini, kita iaitu yang bergelar BAPA/IBU mestilah tahu bagaimana ingin menguruskannya.





Uri 
Cara uruskannya:-

1- Basuh dengan air paip sampai hilang bau darah.

2- Agak2 dah bersih dan tiada bau darah , bungkus dengan kain .

3- Gali tanah  sedalam yang boleh. ( bagi mengelakkan haiwan menggali tempat tersebut )

4- Dengan lafaz Bismillah , kita tanam ja  dan timbus semula .

Siap!

PESANAN - JANGAN TANAM URI DENGAN ALAT TULIS, LADA HITAM ,  & BENDA TAJAM ATAU KATA MUDAHNYA JANGAN BUAT PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH, KHURAFAT NAMANYA! 







Cebisan Tali Pusat 
 Setelah gugur ja cebisan tali pusat anak, Suami terus tanam.
Cebisan tali pusat merupakan sebahagian anggota dari badan , sama juga seperti kuku dan rambut..ia perlu ditanam.


Heheee
Mekar sunguh bunga mawar kampung ni 





Comments

  1. Suami saya nak bersihkan uri pun takut.
    Harap badan je besar & tough.
    Askar pulak tu. Huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...