Skip to main content

Hadiah Top Komentor

Assalamualaikum



Kali ni nak cerita pasal hadiah yang Cik Sal dapat daripada dr.shikin.. menjadi follower dr.shikin sejak tahun lepas , rentetan dok membaca entri berkaitan hal dan cara merawat  jika anak jatuh dari tempat tinggi cth dari katil. Bila dah baca satu entri, tertarik plak baca entri yang seterusnya, yang paling best banyak info yang kita dapat bila baca. Lagi - lagi bila dr.shikin menyentuh bab perubatan.


Percaya atau tak punyalah gigih Cik Sal membaca sambil tinggalkan komen ,tak sangka tersenarai plak dalam top komentor. Tu yang semangat lain macam tu ..heee.



Ok, kat bawah ni hadiah yang Cik Sal dapat untuk setakat ni.







1) Hadiah yang ni  dapat pada  isnin lepas.. punyalah berkobar semangat .. tak sabar nak balik umah nak buka parcel. Sekali bukak, tapawe + nota kecil+ face mask .
Alhamdulillah, rezeki.. Rasa sayang plak nak guna, simpan buat koleksi je kot ;)






2) Hadiah ni plak dapat pada tahun lepas. Ada 4 buah semuanya. Sayang lak nak guna... yang ni pon simpan jugak. Buat koleksi..



Akhir kata .... 



Terima kasih kak shikin ... semoga akak terus sukses dalam kerjaya, dipermudahkan urusan seharian , diberkati & dirahmati



Daaaaaaa
tataaaa



Comments

  1. Tahniah..cil Sal pun dapat eh...sis JM pun dapat...x nk masuk list top commentar blog sis JM ke :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga untuk sis JM,
      Saya cuba untuk bulan depan ya :)

      Delete
    2. Nanti SS bagi laluan kat Cik Sal... He He He...

      Delete
  2. Wow... Tahniah... Nazeck memang pemurah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Masheh atas pujian SS tu.
      Tu merupakan 1 doa..moga Allah selalu murahkan rezeki saya agar dapat bagi hadiah kat all my friends lagi..

      Delete
  3. salam ramadhan, tahniah dan semoga terus maju jaya ;p

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sampai juga hadiah tu kat Cik sal.
    Maaf lambat sangat pos.

    ReplyDelete
  5. hai Cik Sal.. CT datang jalan sini..
    mana ni lama menghilang =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...