Skip to main content

Kerepek Ngaku

Assalammualaikum dan selamat malam. 

Hai semua, dah masuk feb lah.. Jadinya hari ni nak cerita pasal buah ngaku. Mungkin ada yang dah pernah dengar dan jumpa dan dah rasa kenikmatan buah ngaku tu.. 

Buah ni kecik je dan bulat tapi boleh dibuat  kerepek. Buah ni kebiasaannya banyak bila tiba perayaan CNY rata-ratanya masyarakat cina suka beli dan buat masak, ada yang goreng dijadikan kerepek ada yang dimakan mentah. Tapi hari tu kat fb ramai yang share buah ni, kira semua dah tahulah kot.  Buah ni rasa ia macam sengkuang tawar lemak, tapi ia bukan sengkuang.. hurmmm. Cana eh tu?  Mungkin ia masih tergolong dalam kumpulan sejenis sengkuang kot. Hiks.  Rasa ia lain, unik sangat. Kalau sengkuang cina atau namanya "water chestnut" ia rasa lemak maniskan kebiasaannya kita akan potong dadu letak dalam kuih tako makan tika sejuk. aduhh,  dah memalam cerita pasal kuih nie mengundang betulkan rasanya. . Nak kata sama tu ada sikitlah, atau ia memang sama . Erkk.. tapi bila cek yang ngaku ni dipanggil "Arrowhead". Kalau ada sesiapa yang lebih arif bolehlah bagi perincian. Seperti yang Farah katakan tadi, samada goreng, dibuat masak atau dimakan gitu.

Kali ni kita olah jadikan kerepek. Macam mana rupa buah tu. .
Nah! 



Haa ni lah rupanya, hari tu beli dalam 6 biji je harga murah sangat dalam rm1.80, rugi plak rasanya beli sikit. . alahaii. 


Lihat comelkan.. proses nak jadikan kerepek tu macam biasa je kupas kulit halus je setakat hilang kulit luar jangan tebal sangat  lepas tu basuh sekadar lalukan air usap - usap sikit kasi bersih kemudian sagat , memandangkan kat umah ada sagat je haaa jadiklah.. Farah sagat je bebulat. Kalau ada speedy mando yang brand tuppaware tu lagi best.. Sap sap sap siap.. Tapi, ikutlah cara kita pegang buah tu macam mana. Janji sagat nipis. Jari tu hati-hati kang tersagat plak. 

Masa nak goreng tu macam biasalah panaskan minyak, agak - agak dah panas masukkan ngaku tadi, kecilkan api kacau kacau, lepastu masukkan garam secubit dan air bawang putih nak bagi lemak lagi.. bawang putih jangan banyak sgt.. kang maung plak.. Hikss. Seulas memadai. Ni pun mak yang ajar..  hehee


Kiranya jadik ginilah selepas disagat, putihkan.. ratah macam ni pun sodap.


Bila dah siap, jadiklah gini.. krup krap krup krap. Gorengnya sekejap je janji pandai adjust besar kecik api tu, jangan hangit kang pahit plak hilang rasa ngaku tu. 

Sekian, hehee. Jemputlah cari kalau masih ada lagi lah, memang hanya masa perayaan CNY je ia kan ada, harga pun murah je. Kalau tak dapat jumpa tahun ni ,tahun depan da boleh beli. Hehee, kat mana-mana pasaraya pun ada. Hari tu Farah beli di Tesco Peringgit. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...