Skip to main content

Dari Dapur Cik Dah Melaka - Nasi Kerabu Syudap BuKit Katil

 Assalammualaikum.. 

Hai korang makan apa je hari ni ? Hari ni nak kongsi kedai best yang jual nasi kerabu aneka pilihan lauk. Lauk semua sedap - sedap.

Dari ayam goreng ayam berempah, sambal paru, ikan goreng tepung, dan  daging kunyit. Nak dijadikan cerita kelmarin cuba order dari Syu 5 bungkus set  nasi kerabu. Lauk pilihan paru, ikan dan ayam goreng berempah.











Nasinya penuh , sambal dan kuah budu cukup rasa digaul bersama dengan serunding dan hirisan sayuran memang sebati. Nasi tak keras, sedang elok lembutnya, budak budak pun suka. Lauk tak pedas sangat sesuai untuk semua. Sambal je boleh adjust nak tabur semua kat nasi terus atau amik sikit - sikit gaul dan ngap. Jangan risau boleh je nak  cash on delivery  atau take away.  Dah cuba sekali mesti nak lagi.. percayalah. Selain nasi kerabu ada juga nasi dagang. Ikut citarasa anda nak yang mana satu. Selera pantai timur..yang  duduk belah selatan pun boleh menikmatinya seakan - akan berada di pantai timur🤗 .

Bagi penggemar nasi kerabu..inilah peluang anda untuk merasainya, resepi turun temurun dari dapur Cik Dah😊








Masa ni order pagi.. Farah book sehari awal sebab masa mesej pagi tu nasi dah habis. Jadinya Syu ambil order untuk hari esoknya. Tepat jam 9.30am sampailah nasi kerabu tu kat depan rumah 😊😊. 
Kenyang sampai ke petang, jimat tenaga nak masak. Harga jangan risau harga marhaen, jimat cermatdijamin. Sedap lagi kenyang, dan berpatutan.
Rm 7.00 sahaja sebungkus 😊








Mana yang berminat bolehlah mesej atau hubungi Syu. Kalau nak datang terus ke kedai pun boleh pastikan datang awal. Selalu cepat habis. Lokasinya di Pasar Bondong,  Bukit Katil. Di Kauntim Food Court.





Comments

  1. Sedapnya. Tak tahu pun ada nasi kerabu yang sedap di kawasan Bukit Katil. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee. Saya pun baru tahu. Rupanya banyak gerai jual nasi kerabu yang best - best kat Melaka ni. Jemput cuba. Terima kasih singgah😊

      Delete
  2. terliur tengok ni. kalau dekat dah lama terjah ni. susah nak cari nasi kerabu sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee, aah kak. Susah jugak nak cari yang bebetul kena dekat tekak..dah jumpa yang dekat ni lajulah nak rasa

      Delete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...