Resepi Somtam Betik
Assalammualaikum...
Hai korang...
Kali ni nak share resepi somtam betik memandangkan sekarang PKP tak boleh nak dine in ke kedai Thailand. Jadinya terhasillah somtam hasil daripada air tangan sendiri.
Kita layan gambar somtam yang dah siap
Bahan - bahan yang diperlukan :-
- 5batang kacang panjang yang dipotong serong.
- setengah biji betik saiz kecil diracik/ sebelah
- sebiji tomato
- kacang tanah disangai
- sedikit udang kering yang direndam
- 1 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi
- 3 sudu besar Palm sugar
- 1 sudu kecil sos ikan
- 2 biji limau nipis
- sedikit lobak dihiris panjang
Cara-cara
1- Ambil lesung kayu kalau adalah. Kalau tak da guna je lesung biasa.Gigihlah tok laki p cari di kedai DIY semua. Tu je yang jumpa.
2- Masukkan cili padi, udang kering, dan bawang putih tumbuk bagi hancur semua bahan.
3- Masukkan kacang panjang tumbuk manja bagi pecah sedikit,
4- Masukkan palm sugar dan sos ikan.
5- Gaul sebati masukkan betik, tomato serta lobak dan gaul sebati bagi mesra gumbira.
6- Masukkan air perahan limau nipis, gaul sebati dan rasa ikut tekak nak masam lebih atau sedang. Cukup manis pedas masam. Kira jadiklah somtam anda😁😁
Resepi ni kita buat santai - santai je, ikut rasa kita. Makan ratah begitu pun sedap. Haa apa lagi, bagi penggemar somtam. Boleh dah buat sendiri.
Key nya yang paling penting palm sugar, boleh beli di shopee. Gula ni memang sedap untuk buat kerabu. Kalau tak da rasa kurang uump nya.
Okay selamat me- nyomtam🤗
Nampak sedap. Tak pernah lagi cuba somtam.
ReplyDeleteNanti boleh cuba😄
Delete