Skip to main content

Bukit Keluang, Besut Terengganu ~

Assalammualaikum.

Kali ni nak cerita pengalaman hiking kat Bukit Kluang di Besut Terengganu. Sebenarnya dah dua tahun  menjejakkan kaki di puncak ketika pandemik masih berlegar-legar di negara. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit daripada homestay yang kami inap. Jadinya pagi tu perjalanan lancar walaupun memasing kepenatan main pasir di pantai setibanya kami sampai di Terengganu.  Dah puas main pasir dan layang-layang kami dijemput oleh Ainul untuk makan malam dirumahnya di Seberang Takir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Besut untuk aktiviti esoknya.

Pagi sabtu  tu cuaca cerah langit terang, tak panas tak hujan tak mendung. sedang elok  dalam pukul 7.30pagi camtu kami dah gerak menuju ke tempat permulaan mendaki,sampai park kereta. Buat senaman ringan sikit memandangkan kami pergi berlima dengan ank 3 orang , yang seorang masih lagi manja nak berdukung bila datang masa malas nak berjalan. Bagilah warm up sikit supaya otot tak  terkejut. 

Lebih kurang dalam pukul 8.00pagi kami dah mula mendaki, perjalanan   pada permulaan track agak landai dan bila tiba di base 1 keadaan  dah meninggi dimana kita perlu mendaki ke atas menggunakan track pejalan kaki ikut jalan yang dah sedia ada, memandangkan bukit ni berada di persisir pantai, jadinya untuk mendaki ke atas puncak tu akan menuntut kita untuk mendaki mengikut lereng - lereng bukit  menuju ke atas. Sesekali ternampak lautan membiru dicelahan pokok renek yang merimbun. Bukan kami sahaja yang ada pagi tu. Warga tempatan yang berada di sekitar juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama mendaki bersama kami. Jadinya pagi tu tak da lah sunyi atau perasaan takut menyelubungi sekiranya sesat di atas. Di base 1 ni ada pondok untuk melepas lelah seketika. Jadi tak perlu risau, boleh rehat sebentar untuk minum air atau menjamah bekal untuk isi perut. Macam kami dah siap isi perut semasa di homestay, minum milo panas roti dan pisang. Bekal roti,air dan sedikit coklat juga dibawa bersama bagi anak-anak yang lapar dipertengahan jalan nanti. Maklumlah bawa anak kecil.


Pemandangan di atas puncak. MasyaALLAH, cantik sangat. Laut yang membiru. Matahari yang menyinar melatari lautan terbentang. Kami tiba dalam pukul 10.15pagi macam tu , kira-kira 2 jam suku masa yang kami ambil untuk sampai ke atas. Tapikan, bila dah ramai-ramai naik ke atas perasaan nak berlumba sampai ke puncak tu automatik akan jadi pencetus semangat kita untuk sampai awal kat atas. Anak-anak pun happy sepanjang mandaki tak meragam cuma mengantuk siap sangap lagi bila bergambar. Yelah, memasing kena kejut awal pagi tu. Bila nampak laut tu rasa berbaloilah walau penat peluh membasahi ketiak, basah masam diselangi bau perfume vanilla masin ni . Hahaaa



Gambar  signage Bukit Keluang  tulah tempat starting kami. Keluar dari dinding tepi bermulalah track terus menuju ke atas.  Dah penat berjalan kami berehat sebentar di pondok base 1. 



Minum air bebanyak ya nak.. 


Punyalah ramai kat atas. Meriah dari pengunjung luarnya dan penduduk sekitar Besut. Bila dah sampai atas akan nampak pondok kedua plak. Naik sikit lagi sampai puncak kejayaan. 

Akhirnya sampailah kami ke puncak jaya. MashaAllah cantikkan pemandangan kat belakang. Korang tunggu apa lagi, nanti bolehlah pergi  pasti tak menyesal.Kami bersantai kat atas lebih kurang setengah jam macam tu untuk bergambar sakan, kemudian turun ke bawah. Masa nak turun plak  kami terpaksa buat pilihan sama ada nak ikut jalan yang sama semasa mendaki atau ikut track lain yang pastinya lebih mencabar kata seorang pendaki yang mana merupakan orang tempatan.Yapa yipi kami sebulat suara turun ikut lalaun lain, Ye lah nak datang pun ambil masa yang lama kan. Entah bila boleh mendaki lagi. Kami ikut track lain bersama-sama team yang lain..ikut je diaorang arah turun ke mana. Memandangkan ini adalah pilihan bersama, makanya bila sampai je bawah suami kena berjalan plak ke starting point yang memula tadi untuk ambil kereta. Jarak  adalah dalam 15minit macam tu. Tapi hongeh eh tu memang tak boleh bincanglah. 


Kami plak sambil menunggu suami datang duduklah tercongok kat tangga sambil berbual dengan pendaki yang lain. Berhadapan tempat kami duduk ni ada lah gerai jualan kuih muih dan air bagi melepaskan kehausan dan kelaparan. Yang pastinya keropok lekorlah yang menjadi pujaan. Bila dah turun tu rasa longlai badan , pewai lah pendek kata. tapi berbaloi.  Alhamdulillah selesai sudah misi kami ke Besut kemudian patah  semula ke Seberang Takir  untuk meneruskan misi membeli - belah sebelum pulang ke Melaka pada esok harinya.

Comments

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...