Skip to main content

Hotel The Pines, Melaka | Short Vacay

 Assalammualaikum.

Hai kali ni nak cerita pengalaman bermalam di The Pines,  Melaka. Memandangkan selasa cuti umum jadinya kami pun ambillah kesempatan untuk refresh kan diri dan anak - anak di pusat bandar. Mana taknya berkurung berbulan - bulan dek  PKP. Dapat keluar dari kepompong rumah segar biji mata. 

Tak nak cerita banyak, Farah layangkan gambar. ;)


Pemandangan dari pool, Sungai Melaka

Secara keseluruhan puas hatilah menginap kat sini, poolnya luas, ada 2 kolam besar dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar main air. Ada tempat duduk yang luas dilatari rumput hijau bebetul berdepan pool. Sesuailah nak datang bawa family. Kerusi nak duduk pun ada disediakan, tuala mandi pun ada, Ada juga disediakan tempat bermain untuk anak-anak. Kat sini juga ada private pool taw mengikut bilik yang kita pilih iaitu ditingkat 7 kolam tu depan bilik jelah kira nak mandi tu tak dalah masa yang dihadkan  terjun je lah bila mahu. Harga pula berbezalah berbanding bilik lain. Cumanya musim PKP ni sarapan tidak disediakan ya, jadinya memang kena siapkan sendiri atau boleh turun ke kedai berhampiran. Jalan kaki pun boleh. Cuma pool terbuka ni ada waktu yang telah ditetapkan iaitu 2 jam , 2 jam sekali masuk. Pastikan turun dan semak waktu pool dibuka. Karang turun pool dah tutup kena tunggu jam seterusnya. Pool bersih sangat memang terjaga. 
Memandangkan The Pines ni terletak di pusat bandar, jadinya mudahlah untuk diakses. Makan dulu sesiap, kemudian baru naik bilik. Bilik yang kami dapat tingkat 22, jadinya bila di atas tu terasa jugaklah gayatkan, tapi jangan risaulah, lift berfungsi dengan baik. Memang selesalah .


Mak dan anak-anak happy, jadinya tercapailah misi bercuti. Next kita pergi dalam Melaka jelah. Yang penting jaga diri ikut dan patuhi SOP. Okay korang, jemputlah datang Melaka. 





Comments

  1. seronoks nya...
    salam kenal juga.. daone follow :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal.Terima kasih.. bebudak lah terlebih seronok main air

      Delete
  2. Saya pernah stay The Pines ni. Memang best pool dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...