Skip to main content

Kari Kambing 40 Hari ~

 Assalamualaikum.

Korang mesti suka kari kan? Dua minggu lepas kitaorang balik kampung suami di Parit Besar, pagi ahad tu sempatlah menyinggah ke Kedai Kari Kambing 40 Hari kat Yong Peng tu.

Kitaorang pergi jam 9.30am sampai sana ngam ngam lah pukul 10.30am macam tu, sampai je sana.. berbaris panjang lah memasing menun ggu giliran nak buat belian, tapi jangan risau laju jer kaunter kat depan handle order.Kiranya, beratur, pilih dan terus bayar angkat terus makanan. Mudahkan.

Memandangkan yang pergi ada 3 keluarga, kami buat pilihan makan dalam talam dan pilihan lauk tu campur. Nak asing pun boleh, ada jugak set  pinggan. Jangan risau sini pun ada roti canai taw. 

Berselera betul Eryna makan😂

Dalam talam tu ada kambing yang dimasak seakan  beryani dan ayam (kukus). Serta kuah kari bersama papadom. Papadom tu beli ya  rm1 sebungkus. Sedaplah, cukup rasa. Tipsnya, nak datang sini pastikan perut bebetul kosong. Bila beli  set talam, air akan diberi percuma selalunya air sirap. Kalau  nak order air lain pun boleh. Harga setalam lauk campur dalam rm54 camtu. Kalau set pinggan dalam belasan je. 
Korang meh lah try datang rasa, lain tempat lainkan rasa karinya. Tapi yang ni memang betul sedap, dan pasti korang akan nak repeat balik datang secara berjemaah. Ni kunjungan kali ke 3 buat kitaorang. Setelah 2 tahun pakat lalu je bila balik kampung.

Sebenarnya kedai ni dah lama taw, tahu kewujudan kedai ni pun sejak 2012  masa kami baru nikah, setiap kali nak balik Gemas akan melalui jalan lama ni, kami sampai anak satu lalu jer. Tak pernah singgah. Sebab dedua bukan kaki makan. Setiap kali lalu, penuh je kereta kat tepi jalan. Perasaan nak singgah tu tak da. Hanya mandang jer. 

Sampailah satu hari tu, kedai ni viral di facebook. Sejak tu macam tertanya lah macam ramai je orang, mesti best ni. Pernahlah sehari tu gerak dari Melaka hari jumaat, ingat kedai bukalah, sekali sampai kedai dah tutup jam 3 dan secara take away sahaja. Berhuhulah kitaorang. 

Jadinya plan punya plan, kami makan bawa mak, kebetulan nak ke Pasir Gudang singgahlah makan tengah hari. Memang sakan lah kitaorang makan. Mulut dah macam itik dah sumbat je telan 😂

Tak pandang dah kiri kanan, habis setalam lepas tu kitaorang order lagi setalam. Memang bersih kitaorang makan. Sebab ikut tips tulah. Pastikan perut bebetul kosong bila datang. 


Bawa mentua dan ipar, pak mentua makan pun dok pandang kiri kanan dar. 


Nasinya sedap. Berasa tak keras tak lembik, sedang elok. Makan kosong pun dah sedap. Kambing pun banyak, tak pedas tak berapa manis. Ngam ngam je. Ayam tu tak rasa kosong ada rasa bila makan tu. Tak pedas. Budak budak suka. Ada sedikit timun dan tomato potong dadu. Licin bila makan. 

Mana yang nak datang tu, cari je Kari Kambing 40 hari Yong Peng. Bebetul tepi highway tu. Punyalah besar papan tanda. 

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...