Skip to main content

Short Vacay~ Hilton Garden Inn North

 Assalammualaikum.

Lama tak jejak sini, sudah memasuki pertengahan Mei  2023. Jadinya masa awal tahun ritu sempatlah bawak anak - anak bercuti sehari dua di KL sementara ada baki sehari nak buka sekolah sesi 2023.

Punyalah jenuh nak memilih kat mana nak  stay, akhirnya kami pilih Hilton je dekat dengan pasar, senang nak bergerak dan parking. 

Tak banyak aktiviti, lebih kepada merawat diri dan beli jiwa  anak - anak jer, kami gerak sabtu malam dari Melaka, singgah makan di RnR dan terus check in di hotel lebih kurang jam 11.30pm gitu, memasing ada kerja yang perlu diselesaikan jadinya malam lah sampai.

Esoknya bangun siapkan diri, sarapan di cafe dan bawa anak - anak mandi pool di Hilton South, bangunan sebelah. Kenalah menapak sikit. 

Santai~

Sarapan

Menu pagi pun banyak, dari roti, aneka mi dan nasi lemak dan nasi goreng, aneka salad, kuih muih melayu, buah-buahan, dan beberapa jenis air yang disediakan. Okaylah cukup rasa, sedap dan banyak pilihan, yang paling penting anak-anak pun behave je masa makan, ambil makanan pun ikut kemampuan, tak tamak dan tak bazir. Tu yang pentingkan. Lagi satu, staff kat sini pun semuanya peramah, tak lekang senyuman di bibir, manis muka je semua. 

Habis sarapan, kami pun ke bangunan sebelah untuk aktiviti mandi - manda. Anak - anak pun dah eksaikted, jomlah menapak kemudian ke tingkat atas, ( tak ingat tingkat berapa) Kat atas tu punyalah cantik viewnya, SubhanAllah, MasyaAllah. Sayup mata memandang. 



Pool yang ada

View yang ada

Panas terik

Alhamdulillah jadilah sehari dua bawa anak-anak jalan KL, jiwa terisi, penat dari rutin harian dapat di rawat, anak-anak pun happy. Bilik hotel pun cantik, kemas dan rapi.

Comments

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...