Skip to main content

Nasi Arab Pakistan ~

 Assalamualaikum...

Sempena cuti sekolah dan pulang ke kampung, gantung kuali dan makan di luar. 

Menu yang dipesan,

Talam campur. Rasa okay je boleh masuk tekak. Datang makan anak beranak ingat tak boleh habis, sekali makan habis setalam. Disertakan juga dengan se jug air pilihan,  Kenyang sampai ke malam. Ini kali ke dua kunjungan kami ke sini tapi lain cawangan. Masa makan dulu buka puasa di Bahau. 

Tapi kalau datang sini, ada juga menu western chicken   chop dan aneka pasta. Masa makan tu nanti adalah persembahan buskers  kat depan, sambil makan sambil tengok oersembahan diaorang sambil menderma seikhlas hati...

Mesti ramai yang tanya kan, sedap ke tak... sedap tu subjektif.. Sedap bagi kita tak sedap bagi dia plak... dan yang paling penting tercapailah hajat bapa mentua  nak merasa makan kat situ... Tu pun dah rasa syukur sangat, kalau tak tu asyik bermain di bibir je bila nak singgah makan situ... Balik pun kejap - kejap, tak nyempat nak ke mana. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil Melaka

Assalamualaikum... Pertama kali menjejakkan kaki ke Bayou , ahhhh ; jelesnya rasa tengok anak dan abahnya berendam dalam pool. Bukan main gondok lagi memasing dapat main air. Cik Sal tak da lah teruja sangat pon nak berendam, huhuu. Bila dah open gini, ada gak lah rasa segan sikit. Kalau ya beria sangat nak berendam, dok je lah dalam kolam ikan atuk kat belakang rumah nun kat Rokan sana, hahaaa, sekali menyelam leh tangkap ikan terus.. Itupon kalau nak berendam lah .. Hahaaa. Kitaorang sampai selepas zuhor. Time tu memang dah ramai oranglah.. Dapat plak hari cuti, cuti sekolah plak tu... berebut2 lah orang dok datang. Bawak anak2 dan keluarga . Tiket yang dikenakan RM 20.00 untuk dewasa, RM 10.00 untuk budak bawah 12 tahun dan,  percuma bagi budak yang ketinggiannya bawah 90cm. Harga tiket kira berpatutanlah, tempat mandi dan bermain pon selesa, sesuailah dengan bayaran yang dikenakan. Kitaorang pon sejak ada anak je rajin explore tempat2 macam ni, memandangkan Eryna p...