Skip to main content

Bongkah Cendawan~

 Assalamualaikum..

Hai korang. 

Suka makan cendawan tak? Cendawan goreng, cendawan tumis atau gulai. Terpulanglah ikut selera memasing. Kali ni nak share tentang bongkah cendawan yang Fara beli di kedai oren.. Murah je 10 bongkah dalam rm20+ gitu.

Selepas barang dah diterima, kita akan dapat cara penjagaan cendawan dari mula sampai lah tuai hasilnya. 

Kena susun baring, mana plastik dah terbuka, kita selotape 

Masa terima bongkah  dah lewat 3 hari sebab runner tak dapat hantar ikut jadual. Berhuhu lah jugak, tu yang sampai terkoyak plastik kena tindih dengan parcel lain agaknya. 

Bila dah terima bongkah, langkahnya mudah sahaja, kita akan diajar melalui  pdf dalam tu dah siap semua just ikut sahaja arahan. Fara memang beli bongkah yang  dah matang. Jadi masa nak menumbuh tu tak lama sangat menunggu. Macam mana kita nak tahu bongkah tu dah matang ke belum? Bila bongkah dah berwarna putih keseluruhan..Maksudnya tinggal nak spray air sahaja.

Selepas 10hari macam tu, cendawan mula menampakkan diri dan berkembang..
Anak mami dah keluarkan diri😆

Agak agak je saiz yang perlu dituai

Hasilnya... 

Terover besar. Agak liat

Bila dah tuai semua, ulang balik step memula sampai akhir... Pastikan keadaan bongkah sentiasa dilitupi kain atau tuala yang lembab, dan spray 2 3 kali. 

Okay bye... Selamat menuai cendawan. 



Comments

  1. alaaaaa...bestnyaaaa...nak cuba buat jugak la...fresh tu cendawannya

    ReplyDelete
  2. wahhhhh dah boleh bukak kilang nih, tahniah

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...