Bila Panik Menguasai Diri
Assalamualaikum...
Kisah ni berlaku sebulan yang lepas masa kami pergi jemputan ke majlis Hafiz, kiranya si Hafiz ni kawan kepada suami semasa menetap di Seremban, alaaaa zaman bujang dulu kala
Memandangkan tempat majlisnya di Kuala Pilah, kami pon bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi camtu.. kami ikut laluan yang biasa, lebih 1 jam perjalanan macam tu.. tibalah kami di selekoh perkampungan orang asli. Sebenarnya, tak nampak sangat pon perkampungan tu cuma kita boleh agak di situ adanya penempatan orang asli .. lebih- lebih lagi bila tengok keadaan fizikal mereka dah sah sah betul kan.
Bila sampai je kat kawasan Pilah ni, macam2 yang boleh kita tengok mula dari pondok kecil di tepi jalan yang diperbuat daripada akar kayu dan rotan . Pondoknya ringkas je, cukup sekadar mampu untuk menggantungkn hasil carian di hutan.. ada petai, jering,kerdas, buah salak, buah rambai, dan buah tampoi . Lepas tu , bila di penghujung jalan plak, ada orang jual itik salai, ikn salai dan burung puyuh salai .... macam2 lah ado.
Sebelum mulakan perjalanan tu, Cik Sal memang dah pesan kat suami nak singgah . Dah lama rasanya tak makan... mana nak carikan... kat situ je lah yang ada.. lagipon hasil yang diaorang dapat tu memang diaorang akan jual..sebab itu salah satu punca pendapatan diaorang... bila lalu waktu pergi, time balik mesti dah habis... silap haribulan, tinggal tangkai je kat situ memang habislah.. licin.
Memang dah menjadi kebiasaan, kami akan singgah di pondok kecil akak ni.. persis wajahnya seakan melayu.. rupanya bukan.. hihiii
Jadi, bila dah sampai je kat situ... suamilah yang jadi mangsa untuk pergi membeli.. itupon sebab masa tu Eryna tengah sedap menyusu.. Kang kalau ditarik bekalan susunya, maun melalak. Akhirnya, mengalahlah suami..ikut jelah permintaan isterinya ini.
Tup ... tup.. tak sampai 5 minit kot, tetiba kereta bergerak sendiri... aduiiii, apa hal bergerak ni? aduh ... ngomel Cik Sal.. mulut ni dah terkumat kamit membaca ..ntah apa yang Cik Sal baca pon tak ingat dah...hahaaaa
Tak semena2 je, kereta bergerak laju... Dalam hati Cik Sal, kereta ni kenapa plak meragam?? adeiii, panik dan gelabahlah Cik Sal .. senang kata huru hara. Cik Sal pon bukak langkah , bukak pintu kereta then keluar perlahan2 .. sambil tu jerit panggil suami
" abanggg .... kereta bergerak ni" Banyak kali jugak kot Cik Sal jerit, aaahhh sudah.. apa nak buat ni..jarak kami antara satu sama lain lebih kurang 50meter..jauh gak tu kan... macm pertandingan lumba lari pon ye gak ni.. huhuuuuu
Sambil tu tangan Cik Sal melambai, tak ubah seperti memanggil uncle yang jual roti tu minta pusing kembali.
Bila jeritan yang terakhir tu suami seakan2 mengerti, berlarilah suami seperti adegan menyelamatkan sang kekasih hati yang dibawa pergi..hahaaa, agak comel juga lagak lariannya sambil tangannya menjinjit plastik berisi buah tampoi... menggigil rasa kepala lutut ni, Eryna plak tetiba menangis...mungkin tersentak tidurnya sebab terdengar jeritan Cik Sal dan laungan suami.. mujur , suami sempat tarik handbreak semua.. pelik gak rasanya, bukan tadi abang da tarik ka?? tanya suami
Cik Sal pon dalam keadaan yang panik, hanya mampu pandang je..bayangkanlah, dalam keadaan gini kereta plak sibuk menuju ke depan.. kiri kanan da semak samun... da lah jalannya menurun ..hela nafas tu makin laju dibuatnya, nak cakap pon dah terbalik ... punyalah panik tahap kronik...
Alahaiii... tu lah kan, bila dah panik.. semua tak jadi apa.. Kalau nk diikutkan kereta tu tak kan bergerak jika Cik Sal tarik handbreak tu cepat2.. Tapi, bila panik dah menguasai ...begitulah jadiknya...
Inilah rupa buah tampoi, isinya putih manis seakan2 rasa manggis. sedap sangat ;)
Bila dah terkena sekali... Cik Sal akan pastikan yang break kereta betul2 telah ditarik dan dihentikan dengan selamat.
Sampai sekarang masih terngiang2 lagi..
Tapi, bila dikenang balik... tergelak besar kami.. bila tengok gelagat memasing..
Alhamdulillah, kami selamat..heheee
Hahahaha cerita kelakar jugak nih tapi gambar gerai jualan tu takdak ka? Nak tengok diorang jual petai lah
ReplyDeleteNajib Ariyan : tak sempat nak bergambar dah... maun keto masuk somak t... hahaaa, next time lah, tak pon turunlah ke Kolo Pilah.. :)
Deletealhamdulillah..nasib baik takde pape..huhu
ReplyDeletesyukur.. :)
DeleteSuspen kita baca cerita pasal keta bergerak sendiri tu.. adeeehhh memang betullah kalau dah ppabik kan. Saya pertama kali makan buah tampoi semasa berhenti rehat (bas eksprees) di Bentong, Pahang... tu pun entah berapa puluh tahun lalu, sayangnya buah tampoi yang kami beli tu masam2 rasanya.
ReplyDeleteAmie : kalau nak diikutkan, isinya macam rambai pon ye jugak .. belom cukup masak sangat kot..hihii
Deletemujur tak da apa- apa yg berlaku.. buah ni ada jual kat kedai buah tak?
ReplyDeleteAnonymous : setakat ni tak pernah jumpa lagi kat kedai buah.. huhuu, selalu jumpa di area Pilah ja
DeleteCik Sal,
ReplyDeleteHuiiii bahaya tu.dahla ada anak kecik kan.riso jadi apa apa. Seb baek la husband brtindak pantas kan.
Kelakar ayat ' keadaan' fizikal tu.
ReplyDeleteTapi OA sekarang dah cantik2 tau..
Kengkadang sukar nak bezakan dengan malays.