Sanah Helwa ya Eryna + Kenduri Kesyukuran
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... semasa entri ini ditulis Eryna sudah pon genap setahun usianya. Pejam celik... pejam celik... kejap je dah setahun berlalu. Rasa macam baru semalam Eryna dilahirkan. Haii lah anak.... cepat betul awak membesar
6 hb September 2014 yang lalu, selesai sudah majlis aqiqah + hari lahir Eryna yang ke setahun.
Majlis pon kami buat biasa2 je, jemputan pon dari kalangan keluarga terdekat, saudara , dan kawan yang mengenali.
Sebenarnya tak da apa yang istimewa sangat pon, persiapan pon biasa je.. menu untuk kenduri dan sambutan hari lahir pon, kami dah plan awal- awal.. dan ada jugak menu yang Cik Sal tak sempat nak buat.. huhuuuuu
Petang sebelum kenduri, kami adakan majlis hari lahir Eryna. AAlalalolooo... comeinya, besar dah anak kami bergenang jugak air mata ... bila suami buka bicara ucapan selamat datang , dan diiringi dengan doa sejahtera. Tetiba touching plak hati ni, sib bek tak berderai hahaaaa... hati ko selembut tisu Sal
Menu untuk bday Eryna kami hidangkan mee kuah + jagung rebus + koktel + snek & kek buatan Kak Su. Tapi, yang paling best sekali.. dah tentulah moment tu tak pernah terpadam dalam ingatan kami. Semua berkumpul untuk majlis Eryna.. walaupon tk semuanya dapat hadir. Mak ayah dan adik Cik Sal gerak pagi tu, kiranya sempat lah raikan bday Eryna.
Kek untuk bday girl petang tu, Cik Sal request sendiri kat Kak Su, tema pelangi warna pink + peach + purple with wording ... yang tang wording tu , tak sepenuhnya dalam perancangan.
sebabnya tk muat...heheee, tk palah... cantik jugak bila dah siap
Ini lah rupa keknya :) |
Deko pon biasa je, tq serudd tolong gantung :) |
Happy Birthday My princess |
Yummmyy |
Kak Su ni memang amik tempahan buat kek , samada majlis bday, atau perkahwinan atau keraian lain boleh je order ikut design yang kita mahukan, bagi sampel then Kak Su akan buatkan seperti yg kita mahukan.
Ni no. telefon Kak Su bagi yang berminat untuk merasai keenakkan kek buatan beliau.
Kak Suhana Samadi
013-7324320 / fb suhana samadi
Lokasi : Parit Raja, Batu Pahat.
Menu untuk Aqiqah plak , suami cadangkan kambing tu dimasak beriyani, & nasi ambeng + ayam sambal + urap + pajeri nenas, serunding , buah- buahan dan kuih muih. Kiranya sebelum majlis , suami dah siap- siap bincang dengan mak dan abahnya di kampung memandangkan majlis dibuat di sana. Pada mulanya, suami mahukan kambing tu digolek je, tapi memandangkan Tn.Hj Musa tk dapat nak sediakan orang untuk menggolek, terpaksalah dibatalkan saje niat tu.
Kiranya, kambing untuk aqiqah kami order terus dari Tn hj.. senang, dah siap masak request je menunya . Tn.hj ni sebenarnya, memang kerjanya amik upah memasak senang cerita .. beliaulah bos.. beliaulah tukang masak... beliaulah tukang sembelih... "Kateringggg" gitu lah.
Bukan setakat untuk aqiqah je, apa2 majlis sekalipon boleh.. siap pakej dan harganya pon berpatutatan.. Menu yang kami mahukan pon ni lebih kurang RM 800 untuk seekor kambing yang telah siap dimasak, jadi kepada sesiapa yang tercari2 haiwan ternakan untuk aqiqah, korban atau sebarang majlis :-
Hubungi je nombor ni 012- 7143256,
Tn Hj. Musa
Lokasi : Di Kampung Sungai Jambi Darat,
83100 Rengit, Batu Pahat.
Sorryyyy, alamat penuh tak da tak pa telefon je...Kalau nak diikutkan, tak kisah menu apa pun untuk kambing aqiqah, yang sunatnya setiap tulang sendi kambing tu jangan dipatah-patahkan.
"Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang ‘aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadith daripada ‘Aisyah r.a., katanya yang bermaksud: “Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya.”
Lebih kurang pukul 9.30 malam camtu, tamatlah sudah kenduri kesyukuran merangkap aqiqah Eryna. Uniknya bila kenduri di kampung suami , jamba mereka dihidangkan dalam dulang, portion untuk 4 orang makan.. Lengkaplah. semua lauk pauk ada.. best.. best sangat, kadang2 kat rumah pon Cik Sal dan suami makan dalam dulang, berebut2 bila cuit ikan atau ayam.. then mulalah adegan hahaaaaa.. sebenarnya besar hikmahnya bila makan sedulang begini :)
Percayalah, masyarakat jawa di Batu Pahat amat menitikkan beratkan soal lembut lembut dan sopan santun bila menyambut tetamu, bagi mereka..nilai estetika tu dapat menyimpulkan rasa harmoni dalam jiwa seseorang, walaupon mereka tak kenal antara satu sama lain.. Dari situlah timbulnya , semangat nasi ambang yang menyatukan hati antara insan lain terasa seperti "satu keluarga". Tak rugi pon sebenarnya , kalau kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita. :)
Pinjam gambar google |
Akhir kata, terima kasih kepada yang banyak membantu dari awal sampai ke malam kenduri, tak terbalas rasanya.. moga Allah kurniakan segala yang baik-baik buat anda anda. semua ya . Terima kasih juga kepada yang memberikan hadiah kepada Eryna, wang tunai dan kiriman doa yang baik2 untuk Eryna walaupon tak dapat hadir.. Ada rezeki kita jumpa lagi di tahun akan datang..
Bila dah selesai semuanya, godek2 gambar kat phone dan kamera... rupanya, gambar reramai tak adaaaaaaaaa... huwaaaaaaaa
gambar dalam enpon sume hilang tak sempat backup..huaaaa...T_T..taktau pon kat jambi ada jual kambing gak..hahaa
ReplyDeleteLady D'yot : ni dah tahu , next time boleh tempah ..hehee
Deletecomel anak awak.. kek tu nampak cntiklah
DeleteWaaahhh. Adik dok Batu Pahat.
ReplyDeleteBolehlah saya roger dia nanti.
Geramnya saya tengok kek tu.
Cantiiiikkk....bangat dong.