Skip to main content

Posts

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Susu Kambing Coklat Wildan ~ ~

Assalamualaikum.. S usu ??? bercerita bab susu  rata-ratanya semua suka minum susu, susu rendah lemak, susu penuh krim, susu segar , dan seangkatan dengannya lah. Tapi, Cik Sal bukanlah seorang yang gemarkan susu  errrrrrr nak lariii jauh-jauh kalau ternampak susu putih dalam cawan..lagi jauh lari, kalau susu tu dibancuh untuk Cik Sal , hahaaa. Masa pregnant dulu, bolehlah gagahkan diri jugak minum susu, tapi time pregnant dulu selalu beli susu brand lelain, kejap anmum , enfa , kejap kang mamil , kot  tak minum t kesian plak kat anak , kurang kalsium plak. Masa tu, selang2 jugak minum susu kambing brand Hi-Goat...  sib bek boleh telan.. bancuh suam-suam then terus minum.. masa tu pon minum sebab tak nak anak kena demam kuning bila dah lahir. Mujur Hi-Goat, dalam paket kecil, sekotak adalah 15 sacet.. sehari sesacet.. Oklah, rasanya pon sedap, tak      hamis     mana   pon.  Tapi,   Cik Sal  buh   gula  ...

The Shore @ Malacca River

Assalamualaikum.. Bercerita tentang Sungai Melaka, dah tentulah terbayang naik bot, lalu dan rentas sungai Melaka. Memang tak asing lagi, kalau dah jejak kaki kat Melaka, tak singgah macam tak lengkap je perjalanan ke Melaka kan. Siapa sangka, hujung tahun 2014 tercatat lagi satu tanda yang mana menjadi salah satu tarikan untuk diamati  "landskap dan keindahan " struktur binaan bangunan baru.. dan sekaligus tercatat dalam peta Melaka.. The Shore.. masih lagi dalam pembinaan, tapi... kalau dah siap pastinya memukau mata yang memandang. Kami yang 3 beranak  ni pon, mata dok terkebil-kebil memandang...  "fuhhhh, lawanya bang" omel Cik Sal   Apa lagi yang nak dikaitkan dengan Melaka..  Kebersihan? Keindahan struktur binaan monumen ? Landskap dengan idea yang segar melatari di setiap susur jalan ?  asam pedas ? coconut shake?  Jonker walk ? budaya yang pelbagai ? hmmmmm ....  Ditambah pulak dengan susun atur bangunan hasil kebijaksanaa...

Bila Panik Menguasai Diri

Assalamualaikum... Kisah ni berlaku sebulan yang lepas  masa kami pergi  jemputan ke majlis Hafiz, kiranya si Hafiz ni kawan kepada suami semasa menetap di Seremban, alaaaa zaman bujang dulu kala Memandangkan tempat majlisnya di Kuala Pilah, kami pon bergerak dari rumah lebih kurang pukul 10.00 pagi camtu.. kami ikut laluan yang biasa, lebih 1 jam perjalanan macam tu.. tibalah kami di selekoh perkampungan orang asli. Sebenarnya, tak nampak sangat pon perkampungan tu cuma kita boleh agak di situ adanya penempatan orang asli ..   lebih- lebih lagi bila tengok keadaan fizikal mereka dah sah sah betul kan. Bila sampai je kat kawasan Pilah ni, macam2   yang boleh kita tengok  mula dari pondok kecil di tepi jalan yang diperbuat daripada akar kayu dan rotan . Pondoknya ringkas je, cukup sekadar mampu untuk menggantungkn hasil carian di hutan.. ada petai, jering,kerdas, buah salak, buah rambai, dan  buah tampoi .   Lepas tu , bila di pengh...

Sanah Helwa ya Eryna + Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum... Alhamdulillah... semasa entri ini ditulis Eryna sudah  pon genap setahun usianya.  Pejam celik... pejam celik...  kejap je dah setahun berlalu. Rasa macam baru semalam Eryna dilahirkan.     Haii lah anak.... cepat betul awak membesar 6 hb September  2014  yang lalu,  selesai sudah majlis aqiqah +   hari lahir  Eryna yang ke setahun. Majlis pon kami buat biasa2 je, jemputan pon dari kalangan keluarga terdekat, saudara , dan kawan yang mengenali.                                           Sebenarnya tak da apa yang istimewa sangat pon, persiapan pon biasa je..       menu untuk kenduri dan sambutan hari lahir pon, kami dah plan awal- awal..  dan ada jugak menu yang Cik Sal tak sempat nak buat..  huhuuuuu Petang sebelum kenduri, kami adakan majlis hari lahir Eryna.  A...