Skip to main content

Posts

Back To School

Assalammualaikum. Lamanya lah tak menulis kat sini, berhabuk sangat dar. Kali ni nak cerita pasal Eryna dan 'Ilman sebab kedua-duanya dah sekolah, yang sorang dah sekolah rendah dan seorang lagi dah tadika. Memandangkan tahun ni pengalaman pertama anak masuk  darjah 1, keterujaan tu lebih sikitlah kan mana nak beli keperluan dan urusan pendaftaran sekolah. Rutin pun dah berubah, Eryna isnin hingga rabu jadual dah penuh dengan sekolah pagi dan petang, habis sekolah petang  diisi dengan belajar mengaji dan malam lebih kepada sesi menyusun buku dan ulangkaji. Beginilah jadual dia sehingga menginjak ke penghujung darjah nanti. Manakala 'Ilman pula hanya menghadiri sesi persekolah pagi sahaja..bila tengah hari bertambahlah gamat semula suasana. Beginilah rutin permulaan tahun baru 2020 anak-anak yang makin membesar, tinggallah 'Aakif, Nilliyah dan Naura di rumah dan tahun hadapan rutin juga turut berubah memandangkan tahun depan 'Aakif dah berumur 4tahun dan...

Tahun Baru 2020

Assalammualaikum dan selamat malam.  Lama benar tak menyinggah sini,  dah masuk Februari 2020. Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.  Apa yang dirancang apa yang diimpikan harap dimakbulkan hendakNya.  Masih lagi berlima, anak-anak makin membesar dan diri ni makin bertambah umurnya.. semoga semuanya dalam lindungan dan rahmat Ilahi.  Sekian.

Ramadan Kareem

Assalammualaikum.  Lama  tak jenguk sini, sekali jenguk terus dah Ramadan.. Selamat berpuasa, moga diberi kesihatan yang berpanjangan, keampunan dan keberkatan dibulan yang mulia ini..  Khas buat tatapan  keluarga, sanak - saudara , sepupu - sepapat, sahabat handai dan kawan blogers sekalian.  Ramadan 3 1440H

Kerepek Ngaku

Assalammualaikum dan selamat malam.  Hai semua, dah masuk feb lah.. Jadinya hari ni nak cerita pasal buah ngaku. Mungkin ada yang dah pernah dengar dan jumpa dan dah rasa kenikmatan buah ngaku tu..  Buah ni kecik je dan bulat tapi boleh dibuat  kerepek. Buah ni kebiasaannya banyak bila tiba perayaan CNY rata-ratanya masyarakat cina suka beli dan buat masak, ada yang goreng dijadikan kerepek ada yang dimakan mentah. Tapi hari tu kat fb ramai yang share buah ni, kira semua dah tahulah kot.  Buah ni rasa ia macam sengkuang tawar lemak, tapi ia bukan sengkuang.. hurmmm. Cana eh tu?  Mungkin ia masih tergolong dalam kumpulan sejenis sengkuang kot. Hiks.  Rasa ia lain, unik sangat. Kalau sengkuang cina atau namanya "water chestnut" ia rasa lemak maniskan kebiasaannya kita akan potong dadu letak dalam kuih tako makan tika sejuk. aduhh,  dah memalam cerita pasal kuih nie mengundang betulkan rasanya. . Nak kata sama tu ada sikitlah, atau ia memang sama...

Gyoza

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Kali ni nak kongsi satu makanan sejuk beku yang boleh dikatakan salah satu kegemaran jugaklah. Alkisahnya benda macam ni suami yang banyak perkenalkan, kalau tak memang tak kenal lah sampai bebila.  Diberi nama gyoza,  atau dalam bahasa inggeris Japanese chicken dumpling, Kat mana nak cari dan nak beli? Boleh cari di semua supermarket tesco, aeon,tf dan sebagainya.Di bahagian peti sejuk beku. Haaa korang bolehlah try riki.  Macam mana nak masak? Mudah je, boleh ikut arahan dibalik plastik ada disertakan cara memasaknya. Semudah 1 2 3 dah siap telan habis. Hahaaa Langkah 1 - koyakkan sikit plastik keluarkan gyoza tu, tak perlu dinyahbeku memadai dibiarkan seketika. haa macam dalam gambar tu, macam tu lah rupanya gyoza itu ya. Langkah 2 - amik pan non stick panaskan sekejap dan masukkan  satu sudu besar lebih sikit minyak masak, agak da panas masukkan kesemua gyoza tu ...