Skip to main content

Posts

Longan Brazil @ Buah Kristal @ Matoa

 Assalammualaikum.. Dah lama teringin nak makan buah matoa ni, pernah lah siap pre order dari Sarawak. Last last tak da stock jugak, hampa. Bila tengok kat fb ramai dah rasa dan dah dapat dari lokasi berdekatan, jadinya teruslah order di group Melaka. Beli je lah walau harga sekilo cecah rm20. Sekali hadap 2 kilo habis gitu je. Puas hatilah, rasa manis, rasa laici, rambutan dan durian. Kira sebiji buah ada 3 rasa. Tapi memang sedaplah, tak berair jenis isi mudah longkeh dari biji. Dari luar tu memang nampaklah kulitnya keras sedikit, kalau nak makan tu memang kena pecahkan bahagian tengah  atau pulas  batang  tangkai tu.  Sekali pandang nampak macam laici kan. Bulan puasa ni pantang nampak je lah semua nak try. 

Ramadan Al Mubarak

 Assalammualaikum.. Hai.. lama tak menyinggah sini. Sekejapan je kan dah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ni sama je lah, masak untuk berbuka dan bersahur. Datang malas masak, kita beli je kat bazar. Tapi asyik membeli je kadang tekak tak boleh terima juga. Tapi kali ni rajin jugak buat kuih 3 jenis  lepas tu membeli aja buat rasa. Disebabkan ritu balik ke kampung sambut puasa jadinya kerajinan tu lain macam sikit. Takpalah tahun ni kan tahun dibenarkan rentas negeri, harapnya makin hilanglah covid dari bumi ni. dan kita semua dapatlah sambut puasa bersama keluarga di kampung tahun depan lagi.  Memandangkan  puasa kali ni   diuji anak sulong positive covid, jadinya masak tu terbatas juga menunya. Kenalah kontrol masakan yang berminyak atau berkuah. Gejala batuknya bikin tak tenang duduk. Alhamdulillah hari ni dah hari ke -  7 kuarantin. Setakat ni gejala hanya batuk sahaja. Ilman dan Aakif serta mamanya masih lagi bertahan. Harapnya bertahanlah sampai...

Kontak Rapat

 Assalammualaikum.. Hai semua, Moga dalam sihat sejahtera hendaknya. Kejap je kan dah nak pertengahan Mac, masa januari ritu punyalah lama nak habis ke hujung bulan. Cerita terbaru, Farah baru je habis kuarantin kontak rapat kepada suami be serta dengan 3 orang anak pada 14 mac 2022 yang lalu dan suami masih lagi meneruskan baki kuarantin yang berakhir esok, rabu  16 mac 2022. Setakat ni sahaja lah cerita untuk hari ni. Kita sambung lagi nanti selepas suami menamatkan kuarantin selama 7 hari. 

Nasi Goreng Cili Kering Pecah Telur~

 Assalammualaikum.. Hai semua, punyalah lama tak bebel kat sini. Kita layan satu gambar menu ringkas dipagi khamis indah ini. Cuaca plak sejuk dari awal subuh lagi hujan tak berhenti.  Jadilah buat sarapan pagi ni, Haa korang sarapan apa pagi ni? Bahan-bahan 1) nasi sejuk  2) ikan bilis segenggam 3) cili kering tak pedas + pedas, agak agak pedas mana nak. Dalam 5 tangkai okay.  4) bawang kecil 3/5 biji ikut kuantiti nasi. Lagi banyak lagi sedap.  5) bawang putih 2 ulas.  6) telur 2 biji  7) sayur terpulang.  Nak sedap bubuh pucuk manis atau nama lain cekur manis. Sodap.  8) timun sebagai hiasan Cara masak, tumbuk segala bahan diatas hingga sedikit halus, eh tak halus sangat tak kasar sangat ya. Agak - agak cantik dimata sedap ditelan.  Panaskan minyak, tumis bahan hingga naik bau. da garing sikit pecah telur, da nampak  telur  dah masak garing baru kacau adun dengan bahan tumis, masukkan garam dan perasa yang mana perlu, dan tu...

Hotel The Pines, Melaka | Short Vacay

 Assalammualaikum. Hai kali ni nak cerita pengalaman bermalam di The Pines,  Melaka. Memandangkan selasa cuti umum jadinya kami pun ambillah kesempatan untuk refresh kan diri dan anak - anak di pusat bandar. Mana taknya berkurung berbulan - bulan dek  PKP. Dapat keluar dari kepompong rumah segar biji mata.  Tak nak cerita banyak, Farah layangkan gambar. ;) Pemandangan dari pool, Sungai Melaka Secara keseluruhan puas hatilah menginap kat sini, poolnya luas, ada 2 kolam besar dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar main air. Ada tempat duduk yang luas dilatari rumput hijau bebetul berdepan pool . Sesuailah nak datang bawa family . Kerusi nak duduk pun ada disediakan, tuala mandi pun ada, Ada juga disediakan tempat bermain untuk anak-anak. Kat sini juga ada private pool taw mengikut bilik yang kita pilih iaitu ditingkat 7 kolam tu depan bilik jelah kira nak mandi tu tak dalah masa yang dihadkan  terjun je lah bila mahu. Harga pula berbezala...