Assalammualaikum Hai there! Lamanya tak da entry baharu, la ni barulah ada benda nak story kat sini. Memandangkan sekarang baru je naik sekolah selepas cuti seminggu, jadinya minggu lepas Farah dan adik ipar terplan lah ke Kuala Lumpur secara tak sengaja, beliau dan keluarga bermalam di rumah pada hari sabtu, esoknya ahad kami pun bergeraklah ke Kuala Lumpur. Usai sarapan pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur kira - kira jam 9.30am camtu, cadang pukul 9.00am nak gerak.. biasalah janji, ada je yang tak beres untuk diselesaikan pagi tu, siap kemas sapu sikit. Barulah lega nak tinggalkan rumah. Pagi tu perjalanan lancar, kereta pun tak banyak sangat, bertemankan gerimis gitu. Sampai Kuala Lumpur tepat jam 11.30am masih lagi hujan renyai - renyai, naik ke atas mencari parking, tapi tulah semua penuh turun semula park kat bawah, redah je lah hujan yang masih tidak nampak mahu redanya. Sebenarnya perancangan utama ke menara hanyalah untuk masuk ke skywalk tower 100, ...