Trip to Menara Kuala Lumpur
Assalammualaikum
Hai there!
Lamanya tak da entry baharu, la ni barulah ada benda nak story kat sini. Memandangkan sekarang baru je naik sekolah selepas cuti seminggu, jadinya minggu lepas Farah dan adik ipar terplan lah ke Kuala Lumpur secara tak sengaja, beliau dan keluarga bermalam di rumah pada hari sabtu, esoknya ahad kami pun bergeraklah ke Kuala Lumpur.
Usai sarapan pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur kira - kira jam 9.30am camtu, cadang pukul 9.00am nak gerak.. biasalah janji, ada je yang tak beres untuk diselesaikan pagi tu, siap kemas sapu sikit. Barulah lega nak tinggalkan rumah.
Pagi tu perjalanan lancar, kereta pun tak banyak sangat, bertemankan gerimis gitu. Sampai Kuala Lumpur tepat jam 11.30am masih lagi hujan renyai - renyai, naik ke atas mencari parking, tapi tulah semua penuh turun semula park kat bawah, redah je lah hujan yang masih tidak nampak mahu redanya.
Sebenarnya perancangan utama ke menara hanyalah untuk masuk ke skywalk tower 100, disebabkan hujan jadinya tempat tu tutup. Kami pun ubah plan ambil yang observation deck. Bolehlah tengok pemandangan sekitar bila kat atas, yer lah dah alang-alang sampai , tak kan nak balik dengan kosong. Budak - budak dah eksaikted plak. Akur dengan harga tiket kami pun beratur tunggu giliran ke atas, sangat lancar dan tak lah sesak sangat.
Dah penat kami pun turun, bergambar sat kat karpet hijau berlatarkan trx merdeka. Habis bergambar kami ke Bangi cari makan.
tak apalah, bak kata iklan Mastercard, pengalaman tu priceless.. seronok tengok budak-budak happy
ReplyDelete