Skip to main content

Posts

Cendol Durian Kemayan | Train dari Gemas - Kemayan

 Assalamualaikum Farah ni kan, tak boleh betul lah tengok tempat makan  viral. Aish mesti nak cuba, kalau dekat tempatnya memang berdesup ajak suami pergi, kalau jauh amik masa sikitlah nak perginya. Memandangkan kali ni punya trip berdekatan je dengan kampung mak, kami set naik train je. Rupanya trip ke Kemayan ni orang kampung berdekatan dah puas ulang alik pergi makan cendol, Farah je lah ketinggalan. Nak diikutkan sebelum ni  tiket free je, ni kira promosi lah kan. Nak tengok maklumbalas orang - orang berdekatan sekitar Gemas, Bahau, Moncheh , dan  Melaka. Bebudak ni tengah mengepaw abahnya kat cafe, dan  jiran  se train yang sama lokasinya Harga tiket rm3 dewasa  untuk sehala, jadinya total rm6, kanak - kanak rm2. Naik dari Gemas - Kemayan. Hentian biasa, ia akan berhenti di Bahau dan terus ke   Kemayan, tempat akhir station di  Kuala Lipis.  Jarak dari Gemas ke Kemayan dalam 1jam 46minit. Ngam ngam  sampai. Layan naik tra...

PRU15 - Mengundi Di Kampung Halaman~

 Assalammualaikum. Alhamdulillah, selesai menunaikan tanggungjawab untuk turun memangkah. Mengundi di kampung halaman, tempat membesar, tempat jatuh bangun, tempat kenal siapa kawan siapa sahabat. Kali ni mengundi dihantar oleh suami, kemudian pulang ke kampung suami dengan meredah hujan sepanjang laluan dari Gemas ke Ayer Hitam.  Farah layangkan gambar je lah untuk dikenang. Inilah sekolah yang telah lama ditinggalkan, setiap sudut dan ruang masih sama tidak pernah berubah, cuma Farah je berubah dari kecil membesar dengan jayanya.

Patch Batuk ByeKough

 Assalamualaikum Hai, kali ni nak share pasal patch batuk yang tengah viral sekarang ni. Farah pun dapat patch ni masa bawa 3 beradik tu untuk ambil ubat batuk dan demam bulan lepas. Sebelum ni patch ni tak da stock tau kat klinik, merata juga mencarinya. Dimaklumkan stock ada pada september. Rezeki, masa pergi ada patch ni. Benda dah viral mencarilah semua.  Tengok keadaan memasing bila batuk, alahai berlawan - lawan bunyinya, tak senang duduk gayanya. Menahan batuk yang berulang tu yang tak selesa, kalau sejuk sikit mulalah batuk tak berhenti. Tampal ni senyap je tidur.  Patch ni senang je nak pakai, buka bulatan warna putih tu kemudian tampal di tempat seperti dalam arahan. Patch ni ada 6 keping, kiranya satu sacet ada 2 patch. Ada  3 sacet diberi, jangka masa pakai tahan untuk 12jam. Apa - apa boleh rujuk di arahan penggunaan.      Bau pun tak da lah kuat sangat, bau herba gitu. Bila dah tampal kat anak tu, nampaklah sikit kurang batuknya,  se...

Kari Kambing 40 Hari ~

 Assalamualaikum. Korang mesti suka kari kan? Dua minggu lepas kitaorang balik kampung suami di Parit Besar, pagi ahad tu sempatlah menyinggah ke Kedai Kari Kambing 40 Hari kat Yong Peng tu. Kitaorang pergi jam 9.30am sampai sana ngam ngam lah pukul 10.30am macam tu, sampai je sana.. berbaris panjang lah memasing menun ggu giliran nak buat belian, tapi jangan risau laju jer kaunter kat depan handle order.Kiranya, beratur, pilih dan terus bayar angkat terus makanan. Mudahkan. Memandangkan yang pergi ada 3 keluarga, kami buat pilihan makan dalam talam dan pilihan lauk tu campur. Nak asing pun boleh, ada jugak set  pinggan. Jangan risau sini pun ada roti canai taw.  Berselera betul Eryna makan😂 Dalam talam tu ada kambing yang dimasak seakan  beryani dan ayam (kukus). Serta kuah kari bersama papadom. Papadom tu beli ya  rm1 sebungkus. Sedaplah, cukup rasa. Tipsnya, nak datang sini pastikan perut bebetul kosong. Bila beli  set talam, air akan diberi percuma sel...

Trip to Menara Kuala Lumpur

 Assalammualaikum Hai there! Lamanya tak da entry baharu, la ni barulah ada benda nak story kat sini. Memandangkan sekarang baru je naik sekolah selepas cuti seminggu, jadinya minggu lepas Farah dan adik ipar terplan lah ke Kuala Lumpur secara tak sengaja, beliau dan keluarga bermalam di rumah  pada hari sabtu, esoknya ahad kami pun bergeraklah ke Kuala Lumpur. Usai sarapan pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur kira - kira jam 9.30am camtu, cadang pukul 9.00am nak gerak.. biasalah janji, ada je yang tak beres untuk diselesaikan pagi tu, siap kemas sapu sikit. Barulah lega nak tinggalkan rumah. Pagi tu perjalanan lancar, kereta pun tak banyak sangat, bertemankan gerimis gitu. Sampai Kuala Lumpur tepat jam 11.30am  masih lagi hujan renyai - renyai, naik ke atas mencari parking, tapi tulah semua penuh turun semula park kat bawah, redah je lah hujan yang masih tidak nampak mahu redanya. Sebenarnya perancangan utama ke menara hanyalah untuk masuk ke  skywalk tower 100, ...