Skip to main content

Haru Biru Jadiknya

Pepagi lagi dah haru hidup aku..adoiiyai...apalah nasib badan...hahhahahah...tak pa, bukan selalu pon..wahahhahaha...serius hari ni aku rasa stress sangat2... hidup macama ni lah kan..kadang2 tenang,kadang2 tekanan ...huhu...indahnya percaturan hidup selagi hidup selagi itu lah kita akan menghadapinya.....nasib baik sebahagian task aku dah setel... bangun pepagi ja dah dapat mesej daripada kawan pejabat

Yusriah : Salam, fara pagi ni ada orientasi taw, slot tajaan pukul 9.30pagi..
Fara : Okay..

Macam tu lah lebih kurang perbualan kami,
( masa aku dapat mesej ni , aku jadi blurr kejap..apa aku nak cakap ni...) spontan aku cakap , eleh...kerja biasa ..aku cakap je lah...(nak sedapkan hati punya pasal)

Tak lama lepas tu, dapat plak panggilan telefon..Si Mamat Insan Kamil ... kunon nak tanya dapat hadir ke tak..ececehhh.. aku kerjalah, masuk lambat ja... pukul 9.00am t masuk opiz... t aku p lah taklimat tu..

Lebih kurang pukul 9.05am , aku pon sampai opiz..apa lagi... haru biru jadiknya..punggah fail..sangkaan aku taklimat tajaan hari selasa ka rabu ka.. hohohoho... upanya hari isnin..pepagi plak tu..dah lah mood letih lagi ni..nak tak nak... aku pon capai fail yang aku dah siap2kan awal tahun dulu ..alaaaa.., dokumen tajaan ... biasa ja..benda biasa...(nada berlagak lah plak )dalam hati... acik ponek lah...tak tahu nak bagi tahu apa.. bagilah hand out ni ja... dah habis aku membebel .. aku teruskan tamatkan slot tajaan ..tak lama pon..jap ja.. lebh kurang 30minit.... sepintas lalu aku ulang balik benda apa yang perlu ditekankan... pointer kena jaga ya ... kalau lah ada rotan.. mesti aku naik kan rotan tu kan...macam cikgu2 aku buat dulu... hahhahahahah...Cikgu Jamri ,.. miss u cikgu ...

Habis taklimat, aku terus capai fail duk depan pc..Ubs... serabut pale, tapi best plak tu...hahhahah,...sebenarnya riniaku nak tulis tentang aku p outstation bersama kawan2 aku minggu lepas, tapi macam tak sempat ja... huhhuhu...tengoklah t kalau ada masa lapang ya..t aku tulis butiranya....

tunggu,.........malam tadi pon tak da bintang di langit, apsal ntah.. sedih aku... sob sob sob

Comments

  1. selalu nampak bintang, malam td pon ada

    ReplyDelete
  2. malam tadi ada bintang , sebutir dua butir telah berjaya ditemui..

    ReplyDelete
  3. hahahaha, 2 jek? ada tuuuu nanti dia muncul sendiri

    ReplyDelete
  4. emm, cam tu je lah...- Cik Sal

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...