Tah apa yang aku hitung pun aku tak tahu... tak payah hitunglah kot..biarlah ia tiba dengan sendirinya..tunggu ka tak tunggu ka.. pasti datang jua... biarlah kaki ni melangkah .. menurut sahaja gerak langkah ..yang aku tahu lagu Krisdayanti ja Menghitung hari , detik demi detik masa ku nanti apa kan ada..... itu lah je lah yang aku tahu ..lirik seterusnya aku dah tak berapa nka hafal dah...
Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...
Comments
Post a Comment
Terima kasih !