Skip to main content

Sambungan Kisah 2 Buah Rumah Inap Di Hujung Kampung

Nak dijadikan cerita...
Masa pihak rombongan lelaki tiba untuk menjamu selera selepas majlis akad nikah ...hujan masih belum juga reda..makin lebat lihatnya....rata-rata yang cakap dengan aku..murah rezeki ko Farah dan suami nikah masa hujan lebat , aku pon senyum je lah :)

Selepas acara menjamu selera bagai.. aku pon bawalah pihak rombongan ke tempat penginapan diaorang...jauh plak aku rasa malam tu.. hujan turun lagi.. nak ke tempat inap tu maun gak 15 minit ,tapi aku rasa makan masa 3o minit gak gara-gara sebatang pokok tumbang yang menghalang perjalanan kami.. dugaanNya ....nak ketawa pon ada gak aku kat dalam kereta masa tuh... bayangkan lah.. semua kereta dah beratur kat belakang... aku , ayah dan sepupu aku dok jadi ketua dok depan..sampai ja simpang nak masuk ke rumah inap tu... alamak,..pokok tumbang dar...lagi lah gelabah aku..., terpaksa berundur cari jalan lain.. ikutlah jalan kampung yang simpang siur tu.. kecik dan gelap jalannya...

Sampai di rumah inap 1, aku pon teruslah keluar jumpa nek wok...berlalu lah kereta berikutnya ke rumah inap nombor 2 di hujung kampung lagilah jauh tempatnya...heheeee.. nak buat macam mana, dah homestaynya jejauh ..kat tengah-tengah hutan... tapi, bila bangun je pagi... kawasan sawah padi yang melata di nun sana sedang menghijau..tapi , masa tuh tak hijau dah.. kuning dah..hahaaaakk...


Hujan tak reda juga, jam dah menunjukan pukul 11lebih dah masa tu...dah selesai semua , aku pun berlalulah turun menunggu sepupu untuk dibawanya aku pulang ke homestay ...sampai je di homestay, acara untuk bergambar plak.. masa tu... nak dijadikan penyedap cerita..berlakulah blackout kat atas pelamin... mang aiii, baru je duduk.. dah gelap gelita... memang ujian betul lah ..hampir 15 minit gak lah... baru terang balik... dalam hati aku... apsal plak time ni lah nak blackout bagai ni...rupanya kat homestay memang selalu terjadi bila hujan turun.. fiusnya barangkali perlu di servis atau di tukar... sedikit sebanyak mengganggu juga kelancaran majlis...

Bila dah terang, barulah girang sikit hati aku...
Acara bergambar pun bermula..






Eh, tapi ini gambar sebelum akad nikah ya 



Tengah siap -siap sebelum acara akad nikah



Sebelum dipanggil ke ruang akad nikah


 

 Selepas Akad Nikah ~         Selepas bekalan elektrik berjaya disambung semula ~
 
 
 

Comments

  1. layanan kat homestay dan spanjang majlis sangat tip top..makanan pon sedap2..tuan umah homestay pon baik2..siap bg makan buah rambutan lagi..thanks buat farah dan keluarga yg bersusah payah ;)

    ReplyDelete
  2. Lady Dyot
    sama - sama :)
    tak da hal lah ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...