Skip to main content

Trip to Menara Kuala Lumpur

 Assalammualaikum

Hai there!

Lamanya tak da entry baharu, la ni barulah ada benda nak story kat sini. Memandangkan sekarang baru je naik sekolah selepas cuti seminggu, jadinya minggu lepas Farah dan adik ipar terplan lah ke Kuala Lumpur secara tak sengaja, beliau dan keluarga bermalam di rumah  pada hari sabtu, esoknya ahad kami pun bergeraklah ke Kuala Lumpur.

Usai sarapan pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur kira - kira jam 9.30am camtu, cadang pukul 9.00am nak gerak.. biasalah janji, ada je yang tak beres untuk diselesaikan pagi tu, siap kemas sapu sikit. Barulah lega nak tinggalkan rumah.

Pagi tu perjalanan lancar, kereta pun tak banyak sangat, bertemankan gerimis gitu. Sampai Kuala Lumpur tepat jam 11.30am  masih lagi hujan renyai - renyai, naik ke atas mencari parking, tapi tulah semua penuh turun semula park kat bawah, redah je lah hujan yang masih tidak nampak mahu redanya.



Sebenarnya perancangan utama ke menara hanyalah untuk masuk ke  skywalk tower 100, disebabkan hujan jadinya tempat tu tutup. Kami pun ubah plan ambil yang observation deck. Bolehlah tengok pemandangan sekitar bila kat atas, yer lah dah alang-alang sampai , tak kan nak balik dengan kosong. Budak - budak dah eksaikted plak. Akur dengan harga tiket kami pun beratur tunggu giliran ke atas, sangat lancar dan tak lah sesak sangat.


Harga tiket dewasa rm30
Harga tiket kanak-kanak rm20 

  
Bila fikir balik tiket memang mahal, tapi sekali je lah datangnya nanti. Farah pun last datang masa darjah 6 program selepas UPSR. La ni datang balik umur dah injak 34tahun anak dah 3. Jadilah mengisi masa cuti yang ada, adalah pengalaman naik menara, tak lah asyik tunjuk je dari jauh tu apa, tu apa soal anak. 


Dah penat kami pun turun, bergambar sat kat karpet hijau berlatarkan trx merdeka. Habis bergambar kami ke Bangi cari makan. 

Comments

  1. tak apalah, bak kata iklan Mastercard, pengalaman tu priceless.. seronok tengok budak-budak happy

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih !

Popular posts from this blog

Doa & Pecutan Akhir UPKK 2024 ~

Assalamualaikum... Pecutan terakhir. Final lap bagi anak-anak yang bakal menghadapi UPKK pada Januari 2025 nanti. Semoga berjaya, anakanda Nur Eryna Batrisyia.  Semoga dipermudah untuk menjawab dengan lancar,   Dikurniakan idea,   Dilapangkan hati untuk menjawab dengan tenang,   Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

Pisang Goreng Cheese vs Sambal Kicap ~ ~

Assalamualaikum... D ipendekkan cerita, minggu lepas kitaorang dok serbu gerai mak cik ni. Ingatkan, tak ramai orang.. berduyun2 gak orang beratur. kitaorang pon layankan je lah. Sebelum tu, pernah terbaca entri pisang goreng cheese ni di blog jiwa hamba. Kebetulan lalu kat situ, kitaorang pon terjebak sama. Hahaa Sangkaan Cik Sal, benda ni hanya pemes di Kota Kinabalu je... rupanya , kat sini lagi ramai yang "antu" pisang goreng tabur cheese. Hahaaaa, dah jadi macam satu fenomena dah kat sini. Kalau dulu pemes tang coconut shake, la ni pisang goreng cheese plak jadi tarikan. Tapi rasanya, benda ni dah menular ke semua tempat .  Cheese + coklat + strawberry Sebenarnya, pisang goreng ni biasa je kot, macam yang kita goreng kat rumah tu,  cuma yang istimewanya ia ditabur cheese  @ coklat @ strawberry , dan ia paling sedap dimakan bila masih panas2, kalau dah sejuk kejung... rasanya dok terbiar je kot...   Bagi Cik Sal i...

Pengalaman Eryna Mendaftar di MRSM Serting 2026 ~

Assalamualaikum, Lamanya tak bersiaran kat sini. Sebulan dah Eryna masuk asrama. Pilihan Pertama: MRSM Serting MRSM Serting, Negeri Sembilan, merupakan pilihan pertama Eryna. Masa semak keputusan permohonan, rasa berserah je — dapat tak dapat belakang cerita. Yang pastinya PKSK tu memang mencabar. Banyak soalan algebra, mama pun pening! Hari Pendaftaran: 13 Januari 2026 Memandangkan ada 2 orang anak yang perlu diuruskan, kami bertolak dari Melaka lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sampai di Serting lebih kurang jam 8.30 pagi. Dah penuh pelajar yang hadir untuk sesi pendaftaran. Kami pun menunggulah untuk serahkan borang yang diperlukan. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, kami ke koperasi untuk bayar buku dan baju sukan. Urusan pagi tu lancar, walaupun masa tu memang berkejar-kejaran nak kemas barang yang dibawa ke asrama. Sambil mengemas bilik, sempat juga berkenalan dengan parent Form 1 yang lain. Kami jalan-jalan tengok sekitar sekolah, terutamanya asrama, surau dan dewan selera ...