Assalammualaikum. Hai kali ni nak cerita pengalaman bermalam di The Pines, Melaka. Memandangkan selasa cuti umum jadinya kami pun ambillah kesempatan untuk refresh kan diri dan anak - anak di pusat bandar. Mana taknya berkurung berbulan - bulan dek PKP. Dapat keluar dari kepompong rumah segar biji mata. Tak nak cerita banyak, Farah layangkan gambar. ;) Pemandangan dari pool, Sungai Melaka Secara keseluruhan puas hatilah menginap kat sini, poolnya luas, ada 2 kolam besar dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar main air. Ada tempat duduk yang luas dilatari rumput hijau bebetul berdepan pool . Sesuailah nak datang bawa family . Kerusi nak duduk pun ada disediakan, tuala mandi pun ada, Ada juga disediakan tempat bermain untuk anak-anak. Kat sini juga ada private pool taw mengikut bilik yang kita pilih iaitu ditingkat 7 kolam tu depan bilik jelah kira nak mandi tu tak dalah masa yang dihadkan terjun je lah bila mahu. Harga pula berbezala...