Skip to main content

Posts

Hotel The Pines, Melaka | Short Vacay

 Assalammualaikum. Hai kali ni nak cerita pengalaman bermalam di The Pines,  Melaka. Memandangkan selasa cuti umum jadinya kami pun ambillah kesempatan untuk refresh kan diri dan anak - anak di pusat bandar. Mana taknya berkurung berbulan - bulan dek  PKP. Dapat keluar dari kepompong rumah segar biji mata.  Tak nak cerita banyak, Farah layangkan gambar. ;) Pemandangan dari pool, Sungai Melaka Secara keseluruhan puas hatilah menginap kat sini, poolnya luas, ada 2 kolam besar dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak belajar main air. Ada tempat duduk yang luas dilatari rumput hijau bebetul berdepan pool . Sesuailah nak datang bawa family . Kerusi nak duduk pun ada disediakan, tuala mandi pun ada, Ada juga disediakan tempat bermain untuk anak-anak. Kat sini juga ada private pool taw mengikut bilik yang kita pilih iaitu ditingkat 7 kolam tu depan bilik jelah kira nak mandi tu tak dalah masa yang dihadkan  terjun je lah bila mahu. Harga pula berbezala...

Bukit Keluang, Besut Terengganu ~

Assalammualaikum. Kali ni nak cerita pengalaman hiking kat Bukit Kluang di Besut Terengganu. Sebenarnya dah dua tahun  menjejakkan kaki di puncak ketika pandemik masih berlegar-legar di negara. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit daripada homestay yang kami inap. Jadinya pagi tu perjalanan lancar walaupun memasing kepenatan main pasir di pantai setibanya kami sampai di Terengganu.  Dah puas main pasir dan layang-layang kami dijemput oleh Ainul untuk makan malam dirumahnya di Seberang Takir sebelum kami meneruskan perjalanan ke Besut untuk aktiviti esoknya. Pagi sabtu  tu cuaca cerah langit terang, tak panas tak hujan tak mendung. sedang elok  dalam pukul 7.30pagi camtu kami dah gerak menuju ke tempat permulaan mendaki,sampai park kereta. Buat senaman ringan sikit memandangkan kami pergi berlima dengan ank 3 orang , yang seorang masih lagi manja nak berdukung bila datang masa malas nak berjalan. Bagilah warm up sikit supaya otot tak  terkejut.  Lebih kur...

Roti Pandan Coconut Toast'em Gardenia ~

Review Aiskrim Onde - Onde Nestle

 Assalammualaikum.. Aiskrim viral. Korang dah rasa ke belum? Bila tengok pembungkus luar nampak pun dah menarik, warna gambar semua cukup on point. Nak dijadikan cerita suami balik dari speedmart dia bawaklah dalam 6 batang aiskrim ni.  Budak-budak apa lagi, dah aiskrim memang  kegilaan diaorang. Habis lah diaorang kerjakan. Bila sendiri punya dah habis, yang jadi mangsa ngecek, siapa yang lambat habiskan aiskrim. Nampak tak permainannya di situ.  Budak - budak punya akal. Bila malam dapatlah  ber me time lepak sensorang skroll media sosial tanpa gangguan, sambil skroll sambil ngap aiskrim. Macam tu lah rupa aiskrimnya. Luarnya padat terasa lemak pandannya , di tengahnya plak dengan gula melaka, bila makan tu terasalah semua bahan  dari lapisan luar ke  gulanya  hingga ke  kelapa parut kering.  Jadinya bila gigit tu, alahai melting betul rasa. Padu. Lemak manis dan rangup kelapa parut tu. Manis gula yang just nice. Tak terlalu manis. Sed...

Resepi Somtam Betik

 Assalammualaikum... Hai korang...  Kali ni nak share resepi somtam betik memandangkan sekarang PKP tak boleh nak dine in ke kedai Thailand. Jadinya terhasillah somtam hasil daripada air tangan sendiri. Kita layan gambar  somtam yang dah siap Bahan - bahan yang diperlukan :- - 5batang kacang panjang yang dipotong serong.  - setengah biji betik saiz kecil diracik/ sebelah  - sebiji tomato  - kacang tanah disangai - sedikit udang kering yang direndam -  1 ulas bawang putih - 4 biji cili padi  -  3 sudu besar Palm sugar  - 1 sudu kecil sos ikan - 2 biji limau nipis - sedikit lobak dihiris panjang Cara-cara 1- Ambil lesung kayu kalau adalah. Kalau tak da guna je lesung biasa.Gigihlah tok laki p cari di  kedai DIY semua. Tu je yang jumpa. 2- Masukkan cili padi, udang kering, dan bawang  putih tumbuk bagi hancur semua bahan. 3- Masukkan kacang panjang tumbuk manja bagi pecah sedikit, 4- Masukkan palm sugar dan sos ikan. 5- Gaul sebat...