Skip to main content

Posts

Kari Kambing 40 Hari ~

 Assalamualaikum. Korang mesti suka kari kan? Dua minggu lepas kitaorang balik kampung suami di Parit Besar, pagi ahad tu sempatlah menyinggah ke Kedai Kari Kambing 40 Hari kat Yong Peng tu. Kitaorang pergi jam 9.30am sampai sana ngam ngam lah pukul 10.30am macam tu, sampai je sana.. berbaris panjang lah memasing menun ggu giliran nak buat belian, tapi jangan risau laju jer kaunter kat depan handle order.Kiranya, beratur, pilih dan terus bayar angkat terus makanan. Mudahkan. Memandangkan yang pergi ada 3 keluarga, kami buat pilihan makan dalam talam dan pilihan lauk tu campur. Nak asing pun boleh, ada jugak set  pinggan. Jangan risau sini pun ada roti canai taw.  Berselera betul Eryna makan😂 Dalam talam tu ada kambing yang dimasak seakan  beryani dan ayam (kukus). Serta kuah kari bersama papadom. Papadom tu beli ya  rm1 sebungkus. Sedaplah, cukup rasa. Tipsnya, nak datang sini pastikan perut bebetul kosong. Bila beli  set talam, air akan diberi percuma sel...

Trip to Menara Kuala Lumpur

 Assalammualaikum Hai there! Lamanya tak da entry baharu, la ni barulah ada benda nak story kat sini. Memandangkan sekarang baru je naik sekolah selepas cuti seminggu, jadinya minggu lepas Farah dan adik ipar terplan lah ke Kuala Lumpur secara tak sengaja, beliau dan keluarga bermalam di rumah  pada hari sabtu, esoknya ahad kami pun bergeraklah ke Kuala Lumpur. Usai sarapan pagi, kami pun bergerak ke Kuala Lumpur kira - kira jam 9.30am camtu, cadang pukul 9.00am nak gerak.. biasalah janji, ada je yang tak beres untuk diselesaikan pagi tu, siap kemas sapu sikit. Barulah lega nak tinggalkan rumah. Pagi tu perjalanan lancar, kereta pun tak banyak sangat, bertemankan gerimis gitu. Sampai Kuala Lumpur tepat jam 11.30am  masih lagi hujan renyai - renyai, naik ke atas mencari parking, tapi tulah semua penuh turun semula park kat bawah, redah je lah hujan yang masih tidak nampak mahu redanya. Sebenarnya perancangan utama ke menara hanyalah untuk masuk ke  skywalk tower 100, ...

Zuss Coffee

 Assalammualaikum. Hai, just nak layang gambar sekeping. La ni kan terlalu obses dengan kopi. Sebenarnya bukan boleh sangat minum, kang mulalah perut berangin, sebu lepastu mula lah. Kepala pening. Tapi Farah nak bagitahu, mocha frape dekat Zuss sedap sangat weh! Bukan aneka kopi je ada taw, nasi putih dan daging beriyani pon ada, selain pastry. Tapi jangan tanyalah macam mana rupanya.. sebab dah habis kena ngap.  Ni pilihan Farah, double choclate dan mocha  frappe. Harga untuk mocha lebih kurang rm14. 00+. Puaslah minum, bebudak pun suka. Menu yang terdapat kat Zuss pun banyak pilihan.  Sekarang ni ada buy 1 free 1. Rasa pun padu. 

Longan Brazil @ Buah Kristal @ Matoa

 Assalammualaikum.. Dah lama teringin nak makan buah matoa ni, pernah lah siap pre order dari Sarawak. Last last tak da stock jugak, hampa. Bila tengok kat fb ramai dah rasa dan dah dapat dari lokasi berdekatan, jadinya teruslah order di group Melaka. Beli je lah walau harga sekilo cecah rm20. Sekali hadap 2 kilo habis gitu je. Puas hatilah, rasa manis, rasa laici, rambutan dan durian. Kira sebiji buah ada 3 rasa. Tapi memang sedaplah, tak berair jenis isi mudah longkeh dari biji. Dari luar tu memang nampaklah kulitnya keras sedikit, kalau nak makan tu memang kena pecahkan bahagian tengah  atau pulas  batang  tangkai tu.  Sekali pandang nampak macam laici kan. Bulan puasa ni pantang nampak je lah semua nak try. 

Ramadan Al Mubarak

 Assalammualaikum.. Hai.. lama tak menyinggah sini. Sekejapan je kan dah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ni sama je lah, masak untuk berbuka dan bersahur. Datang malas masak, kita beli je kat bazar. Tapi asyik membeli je kadang tekak tak boleh terima juga. Tapi kali ni rajin jugak buat kuih 3 jenis  lepas tu membeli aja buat rasa. Disebabkan ritu balik ke kampung sambut puasa jadinya kerajinan tu lain macam sikit. Takpalah tahun ni kan tahun dibenarkan rentas negeri, harapnya makin hilanglah covid dari bumi ni. dan kita semua dapatlah sambut puasa bersama keluarga di kampung tahun depan lagi.  Memandangkan  puasa kali ni   diuji anak sulong positive covid, jadinya masak tu terbatas juga menunya. Kenalah kontrol masakan yang berminyak atau berkuah. Gejala batuknya bikin tak tenang duduk. Alhamdulillah hari ni dah hari ke -  7 kuarantin. Setakat ni gejala hanya batuk sahaja. Ilman dan Aakif serta mamanya masih lagi bertahan. Harapnya bertahanlah sampai...