Skip to main content

Posts

Avocado & Manfaatnya ~

 Assalamualaikum.. Penggemar avacado? Ya, saya penggemar avocado. Dibuat jus ditambah serbuk  coklat, dijadikan salad campuran, sapuan atas roti  atau makan begitu sahaja. Yang paling  menjadi kegemaran makan mentah, buah yang matang tak terlalu muda, sedang-sedang sahaja. Rasa yang tidak terlalu pelik, tidak meninggalkan rasa yang  kurang enak di tekak. Seakan  rasa isi kelapa. Rasa kosong dihujungnya ada sedikit rasa berlemak.  Manfaat Buah Avocado 1. Mengawal tekanan darah Kajian sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat mendapati, avokado sebagai diet harian mengawal tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang. Avocado memiliki kadar potasium yang tinggi dengan setiap 100 gram sajian mengandungi empat peratus lebih potasium berbanding pisang yang popular sebagai buah penuh nutrisi. 2. Merangsang kesihatan mata Avocado memiliki kadar antioksida yang sangat tinggi, kaya nutrisi seperti lutein dan zeaxantin, penting untu...

Mossy Forest of Cameron Highland. ~

 Assalamualaikum. Bulan lepas kami sekeluarga sempatlah short vacay di Cameron Highland, jadinya selain aktiviti santai tengok pokok bunga, sayur, dan petting zoo. Kami pun selitlah satu aktiviti lasak masuk hutan.  Trip ke Mossy Forest  kami gunakan khidmat Nabil dengan 4x4 nya naik bukit turun bukit laluannya.Menggunakan laluan yang sama ke Ladang Teh Boh Sungai Palas, dan berpisah bila di simpang, Mossy belah kiri dan Boh dibelah kanan. Sepanjang nak ke Mossy tu mata disajikan dengan hijaunya ladang teh, rumah pekerja yang berwarna merah, tanaman sayuran daun bawang, MasyaAllah, ditambah sejuknya bila dah sampai kat atas.  Sewaan kenderaan pacuan 4 roda, dewasa seorang RM35, dan budak RM25. Bayaran hanya untuk sewaan kereta sahaja untuk sampai ke atas, bila dah sampai atas bayaran dikenakan lagi sebanyak RM10 bagi dewasa bagi budak-budak RM5, ni bagi yang nak mendaki  anak tangga plak menuju ke menara tinjau. Tapi sepanjang laluan ke menara tu, kita akan dihi...

Chicken Pox Berjemaah

 Assalamualaikum. Musim chicken pox agaknya. Kat rumah ni berderet kena daripada anak sulung, 2 beradik dan abahnya. Sekarang ni memasing semua tengah MC.  Anak sulung pulak dah sihat dan bersekolah, hari ke -  16 barulah adik-adiknya menyusul kena.  Tanda awal kena chicken pox bagi 4 beranak kat rumah ni :- 1. Badan dedar je  sebelum rash tu naik kat badan.  2. Badan dipenuhi dengan rash, bintik merah macam gigitan nyamuk tapi kena tengok bebetul sebab dalamnya berair. Paling ketara timbulnya rash ni dibahagian muka, badan, dan leher kemudian barulah merebak keseluruh badan, waima celah kelengkang  pun ada taw, atas kepala, dalam telinga, celah-celah jari, dalam mulut pun ada.  3. Dah mula tergaru-garu, miang gatal semua ada. Sian sangat bila tengok 3 beranak ni menggaru je. Cara nak rawat :- 1) mandi gunakan sabun yang boleh kurangkan rasa gatal badan. Yang ni beli di farmasi, Fara beli je keluaran Himalaya. Sabun ni lembut di kulit, tak terasa ...

Short Vacay~ Hilton Garden Inn North

 Assalammualaikum. Lama tak jejak sini, sudah memasuki pertengahan Mei  2023. Jadinya masa awal tahun ritu sempatlah bawak anak - anak bercuti sehari dua di KL sementara ada baki sehari nak buka sekolah sesi 2023. Punyalah jenuh nak memilih kat mana nak  stay, akhirnya kami pilih Hilton je dekat dengan pasar, senang nak bergerak dan parking.  Tak banyak aktiviti, lebih kepada merawat diri dan beli jiwa  anak - anak jer, kami gerak sabtu malam dari Melaka, singgah makan di RnR dan terus check in di hotel lebih kurang jam 11.30pm gitu, memasing ada kerja yang perlu diselesaikan jadinya malam lah sampai. Esoknya bangun siapkan diri, sarapan di cafe dan bawa anak - anak mandi pool di Hilton South, bangunan sebelah. Kenalah menapak sikit.  Santai~ Sarapan Menu pagi pun banyak, dari roti, aneka mi dan nasi lemak dan nasi goreng, aneka salad, kuih muih melayu, buah-buahan, dan beberapa jenis air yang disediakan. Okaylah cukup rasa, sedap dan banyak pilihan, yang p...

Cendol Durian Kemayan | Train dari Gemas - Kemayan

 Assalamualaikum Farah ni kan, tak boleh betul lah tengok tempat makan  viral. Aish mesti nak cuba, kalau dekat tempatnya memang berdesup ajak suami pergi, kalau jauh amik masa sikitlah nak perginya. Memandangkan kali ni punya trip berdekatan je dengan kampung mak, kami set naik train je. Rupanya trip ke Kemayan ni orang kampung berdekatan dah puas ulang alik pergi makan cendol, Farah je lah ketinggalan. Nak diikutkan sebelum ni  tiket free je, ni kira promosi lah kan. Nak tengok maklumbalas orang - orang berdekatan sekitar Gemas, Bahau, Moncheh , dan  Melaka. Bebudak ni tengah mengepaw abahnya kat cafe, dan  jiran  se train yang sama lokasinya Harga tiket rm3 dewasa  untuk sehala, jadinya total rm6, kanak - kanak rm2. Naik dari Gemas - Kemayan. Hentian biasa, ia akan berhenti di Bahau dan terus ke   Kemayan, tempat akhir station di  Kuala Lipis.  Jarak dari Gemas ke Kemayan dalam 1jam 46minit. Ngam ngam  sampai. Layan naik tra...