Skip to main content

Posts

Review Aiskrim Onde - Onde Nestle

 Assalammualaikum.. Aiskrim viral. Korang dah rasa ke belum? Bila tengok pembungkus luar nampak pun dah menarik, warna gambar semua cukup on point. Nak dijadikan cerita suami balik dari speedmart dia bawaklah dalam 6 batang aiskrim ni.  Budak-budak apa lagi, dah aiskrim memang  kegilaan diaorang. Habis lah diaorang kerjakan. Bila sendiri punya dah habis, yang jadi mangsa ngecek, siapa yang lambat habiskan aiskrim. Nampak tak permainannya di situ.  Budak - budak punya akal. Bila malam dapatlah  ber me time lepak sensorang skroll media sosial tanpa gangguan, sambil skroll sambil ngap aiskrim. Macam tu lah rupa aiskrimnya. Luarnya padat terasa lemak pandannya , di tengahnya plak dengan gula melaka, bila makan tu terasalah semua bahan  dari lapisan luar ke  gulanya  hingga ke  kelapa parut kering.  Jadinya bila gigit tu, alahai melting betul rasa. Padu. Lemak manis dan rangup kelapa parut tu. Manis gula yang just nice. Tak terlalu manis. Sed...

Resepi Somtam Betik

 Assalammualaikum... Hai korang...  Kali ni nak share resepi somtam betik memandangkan sekarang PKP tak boleh nak dine in ke kedai Thailand. Jadinya terhasillah somtam hasil daripada air tangan sendiri. Kita layan gambar  somtam yang dah siap Bahan - bahan yang diperlukan :- - 5batang kacang panjang yang dipotong serong.  - setengah biji betik saiz kecil diracik/ sebelah  - sebiji tomato  - kacang tanah disangai - sedikit udang kering yang direndam -  1 ulas bawang putih - 4 biji cili padi  -  3 sudu besar Palm sugar  - 1 sudu kecil sos ikan - 2 biji limau nipis - sedikit lobak dihiris panjang Cara-cara 1- Ambil lesung kayu kalau adalah. Kalau tak da guna je lesung biasa.Gigihlah tok laki p cari di  kedai DIY semua. Tu je yang jumpa. 2- Masukkan cili padi, udang kering, dan bawang  putih tumbuk bagi hancur semua bahan. 3- Masukkan kacang panjang tumbuk manja bagi pecah sedikit, 4- Masukkan palm sugar dan sos ikan. 5- Gaul sebat...

Dari Dapur Cik Dah Melaka - Nasi Kerabu Syudap BuKit Katil

 Assalammualaikum..  Hai korang makan apa je hari ni ? Hari ni nak kongsi kedai best yang jual nasi kerabu aneka pilihan lauk. Lauk semua sedap - sedap. Dari ayam goreng ayam berempah, sambal paru, ikan goreng tepung, dan  daging kunyit. Nak dijadikan cerita kelmarin cuba order dari Syu 5 bungkus set  nasi kerabu. Lauk pilihan paru, ikan dan ayam goreng berempah. Nasinya penuh , sambal dan kuah budu cukup rasa digaul bersama dengan serunding dan hirisan sayuran memang sebati. Nasi tak keras, sedang elok lembutnya, budak budak pun suka. Lauk tak pedas sangat sesuai untuk semua. Sambal je boleh adjust nak tabur semua kat nasi terus atau amik sikit - sikit gaul dan ngap. Jangan risau boleh je nak  cash on delivery  atau take away.  Dah cuba sekali mesti nak lagi.. percayalah. Selain nasi kerabu ada juga nasi dagang. Ikut citarasa anda nak yang mana satu. Selera pantai timur..yang  duduk belah selatan pun boleh menikmatinya seakan - akan berada di pan...

Daging Hari Mu Bahagia ~

 Assalammualaikum... Hai korang, masak apa aje rini ? Ha meh lar singgah sini kejap parking elok-elok meh layan Farah D nak cerita sikit.  Korang suka tak makan daging? Mesti suka kan, lagi - lagi kalau makan daging bakar danok ka, daging harimau ka kan. Eh kejap, bukan daging harimau taw, ni daging lembu. Tapi istilahnya daging harimau disebabkan daging tu berada di bahagian yang sukar dicapai oleh harimau (ye ka).  Tu sebab namanya daging harimau menangis. Ntah ler Farah D  pun tak berapa jelas macamana rupa harimau tu menangis😂😂 . Kalau ikut bacaan katanya daging ni berada di bahagian brisket, dada dan bahu. Daging ini mempunyai tekstur yang lembut. Tapi hari tu kan adalah beli daging hari mu bahagia dari Mamasab Bakery. Ya ampun, sedap yakmat. Beli terus dua bungkus untuk makan malam. Masak sekejap je atas kuali leper atau pemanggang. Balikkan sekejap dan angkat ye. Masa masakkan bau pun da menusuk hidung , aroma lada hitam dan rempah tu memecah suasana, satu r...

Selamat Tahun Baru 2021 ~

 Assalamualaikum Hai rasanya dah terlewat ni nak ucap selamat tahun baru 2021.  Memandangkan sekarang dah masuk ke bulan mac 2021.  Kejap je kan himpunan dua bulan nan lalu.  Anak - anak pun   da mulai bersekolah , tinggallah si bongsu di rumah. Rutin tetap sama.  Tapi tulah kan "phase of life" kena belajar melepaskan anak - anak bila tiba masanya. Sekarang ni bolehlah dikatakan rumah masih lagi terisi dengan teriak jeritan dan sahutan anak - anak  tapi bila da semua sibuk dengan aktiviti seharian. Kita pun mulai bertambah umur . Barangkali  kita juga akan merasai sepertimana ibu dan bapa kita  rasa bila anak - anak da membesar. Tulah pengalaman dan roda kehidupan.. waktu nan lalu tu hanya jadi kenangan dan setiap yang tercipta tu akan jadi  bingkisan tersemat kat memori. Selamat kembali ke sekolah buat Eryna dan 'Ilman. Sebelum ni hanya ber PdPr di rumah. Perasaan bila diumum boleh kembali ke sekolah ni diaorang cukup teruja sangat...