Skip to main content

Posts

Resepi Roti Jala Gluten Free, Tepung Beras & Pulut~ Lembut Hingga ke Petang

 Assalamualaikum. Minggu lepas buat roti jala guna tepung beras  dan  tepung pulut.  Biasanya orang guna tepung gandum je kan? Kali ni kita cuba versi gluten free dari group gluten free. Hasilnya? Lembut sampai ke petang. Kalau nak cuba, ikut resepi ni ☺️ Resepi Roti Jala Gluten Free **Bahan-bahan:** - 2 cawan tepung beras - 1 cawan tepung pulut   - 1 cawan santan - 1 ½ cawan air - 1 biji telur - Secubit serbuk kunyit - Secubit garam untuk rasa lemak * *Tips Penting:- Pemilihan kuali penting supaya tak melekat. Bila kirai tu cantik je masaknya.  Gunakan acuan roti jala yang korang rasa sesuai. Kalau takde, guna botol sos yang ditebuk pun boleh. Selamat mencuba! Hasil menjala ~

Bongkah Cendawan~

 Assalamualaikum.. Hai korang.  Suka makan cendawan tak? Cendawan goreng, cendawan tumis atau gulai. Terpulanglah ikut selera memasing. Kali ni nak share tentang bongkah cendawan yang Fara beli di kedai oren.. Murah je 10 bongkah dalam rm20+ gitu. Selepas barang dah diterima, kita akan dapat cara penjagaan cendawan dari mula sampai lah tuai hasilnya.  Kena susun baring, mana plastik dah terbuka, kita selotape  Masa terima bongkah  dah lewat 3 hari sebab runner tak dapat hantar ikut jadual. Berhuhu lah jugak, tu yang sampai terkoyak plastik kena tindih dengan parcel lain agaknya.  Bila dah terima bongkah, langkahnya mudah sahaja, kita akan diajar melalui  pdf dalam tu dah siap semua just ikut sahaja arahan. Fara memang beli bongkah yang  dah matang. Jadi masa nak menumbuh tu tak lama sangat menunggu. Macam mana kita nak tahu bongkah tu dah matang ke belum? Bila bongkah dah berwarna putih keseluruhan..Maksudnya tinggal nak spray air sahaja. Selepas ...

Nasi Arab Pakistan ~

 Assalamualaikum... Sempena cuti sekolah dan pulang ke kampung, gantung kuali dan makan di luar.  Menu yang dipesan, Talam campur. Rasa okay je boleh masuk tekak. Datang makan anak beranak ingat tak boleh habis, sekali makan habis setalam. Disertakan juga dengan se jug air pilihan,  Kenyang sampai ke malam. Ini kali ke dua kunjungan kami ke sini tapi lain cawangan. Masa makan dulu buka puasa di Bahau.  Tapi kalau datang sini, ada juga menu western chicken   chop dan aneka pasta. Masa makan tu nanti adalah persembahan buskers  kat depan, sambil makan sambil tengok oersembahan diaorang sambil menderma seikhlas hati... Mesti ramai yang tanya kan, sedap ke tak... sedap tu subjektif.. Sedap bagi kita tak sedap bagi dia plak... dan yang paling penting tercapailah hajat bapa mentua  nak merasa makan kat situ... Tu pun dah rasa syukur sangat, kalau tak tu asyik bermain di bibir je bila nak singgah makan situ... Balik pun kejap - kejap, tak nyempat nak ke ...

Jalan - Jalan Puchong ~

 Assalamualaikum... Dihari cuti Wesak ni, memanfaatkan masa yang ada mengukur jalan ke Puchong. Gerak awal pagi ditemani hujan renyai sepanjang jalan. Tempat pertama menuju ke Decathlon yang berada Di Lotus, ambil kasut hiking spouses, backpack dan raket anak-anak. Puas berjalan, try itu ini. Keluar terus ke Masjid As Salam, Puchong. Selesai solat terus ke IOI Mall Puchong. Setibanya di IOI Mall Puchong, jalan diruang legar pusing - pusing cuci mata , dah penat jomlah pekena Ramen  Seirock - Ya. Makan setentang pula dengan  buskers. Happening nya sini,  Backpack untuk hiking  Menu pilihan Lapar  nasi katanya, kari ayam lobak terung Always favourite 🤗

Avocado & Manfaatnya ~

 Assalamualaikum.. Penggemar avacado? Ya, saya penggemar avocado. Dibuat jus ditambah serbuk  coklat, dijadikan salad campuran, sapuan atas roti  atau makan begitu sahaja. Yang paling  menjadi kegemaran makan mentah, buah yang matang tak terlalu muda, sedang-sedang sahaja. Rasa yang tidak terlalu pelik, tidak meninggalkan rasa yang  kurang enak di tekak. Seakan  rasa isi kelapa. Rasa kosong dihujungnya ada sedikit rasa berlemak.  Manfaat Buah Avocado 1. Mengawal tekanan darah Kajian sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat mendapati, avokado sebagai diet harian mengawal tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang. Avocado memiliki kadar potasium yang tinggi dengan setiap 100 gram sajian mengandungi empat peratus lebih potasium berbanding pisang yang popular sebagai buah penuh nutrisi. 2. Merangsang kesihatan mata Avocado memiliki kadar antioksida yang sangat tinggi, kaya nutrisi seperti lutein dan zeaxantin, penting untu...